Memerang pun tahu berdoa.. MANUSIA??

9:56 PTG 1 Comments

Aksi Lucu Memerang Berdoa Supaya Dapat Ikan

Cuba perhatikan aksi memerang kat atas ni... Dia nampak macam seperti sedang berdoa dengan kepala yang mendongak ke atas. Sungguh menakjubkan.. hehe....
Sebenarnya gambar ini telah diambil oleh jurugambar Marac Andrev Kolodzinski yang menghabiskan masa selama dua jam di Zoo Whipsnade, Dunstable, Bedfordshire, England. Semua demi merakam saat yang menarik ini.
Kata Marac mengaku sudah menjadi jurugambar lebih dari 20 tahun. Namun, baru kali ini beliau mendapatkan gambar yang sangat menarik seperti itu.
Untuk mendapatkan gambar berkenaan, Marac mengawasi binatang itu secara berterusan dan menunggu masa yang tepat.  "Saya harus sembunyi untuk satu masa yang lama untuk mendapatkan gambar tersebut,” kata Marac.
Andai boleh bercakap, boleh jadi memerang itu berkata,” Wahai Tuhan, izinkan aku mendapatkan ikan hari ini,” sambung Marac

KALAU MEMERANG PUN BERDOA SEBELUM MELAKUKAN APA2 APATAH LAGI KITA WAHAI MANUSIA..???

ALLAH berfirman yang maksudnya: “Serulah aku (doa) nescaya aku akan makbulkan seruan kamu (doamu)” (Surah Al Ghaafir 40:60)

Allah berfirman yang bermaksud: “Kami telah perkenankan doanya (Nabi Yunus) dengan menghilangkan kesedihannya. Demikianlah kami selamatkan orang yang beriman.” (Surah al-Anbiya’, ayat 88)

“Sesungguhnya kami tidak akan menghampakan mereka yang melakukan kebaikan.” (Surah al-Kahfi, ayat 30)

APA LAGI... BANYAK-BANYAKKAN LAA BERDOA DAN BERIBADAH.. hu~

SUMBER:
 DailyMail
MyNewHub

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan: