Audition ON AIR.
Baik sebenarnya pada hari ahad hari tu aku pergi AUDITION ON AIR yang dibuat oleh seorang yang aku sangat hormati iaitu PAK NIL (Aznil Haji Nawawi) seorang pengacara ternama... hehehe...
Pada mula aku dan kawan-kawan plan nak pergi audition pada hari sabtu.. malangnya aku masih lagi tak siap resume dan print gambar aku yang vague.. jadi masa pendaftaran masa pukul 9 pagi sehingga 1 tengah hari jadi aku plan lepas pukul 10 baru nak pergi.. sebab kedai gambar buka pukul 10 pagi kan.. Malang tak berbau, rupanya ramai GILER orang pergi audition tu.. sampai kawan aku yang datang pukul 8 setengah pun tak dapat borang dan tak boleh di uji bakat.. kesian~ aku plak yang dalam perjalanan telah tersekat dalam JEM di Ampang... hayooo... Maka cancel laa niat kami nak ujibakat hari sabtu dan plan nak pergi ujibakat hari ahad keesokan harinya plak.. TAPI KENA DATANG AWAL LAA.. LEPAS SUBUH KENA GERAK.. hahaha...
Keesokkan harinya aku bangun awal ni.. bersiap semua.. aku pilih baju merah maroon sebab orang kata aku nampak menyerlah pakai baju merah.. hehee.. WHATEVER~ jadi dalam pukul 8 macam tu aku dah sampai.. dalam perjalanan kawan aku kata ada orang bagi nombor.. mungkin pihak astro nak limitkan orang kot.. jadi aku suruh kawan aku dapatkan nombor dan aku dapat nombor ker 177.. fuhh selamat sebab rasanya dia nak ambil 250 orang jer ujibakat...
Sampai-sampai jer sana.. barisan memang panjang GILER...!! ramai betul manusia yang nak pergi ujibakat ni.. fuh... mesti aku tak dapat.. hehe.. aku pergi pun sebab nak pengalaman jer.. hehe... sedang aku beratur barulah aku perasan handset aku terjatuh kat dalam kereta ibu aku tadi.. Alamak macam mana ni?? erkkk...
Masuk-masuk jer kami diberi borang 6 muka surat.. hayooo.. banyak kena isi... termasuk IC mak ayah.. laaa mana aku tahu IC mak dengan ayah aku.. dahlah aku tak ingat nombor telefon dorang plus handset aku plak tertinggal.. MACAM MANA NI??? punyalah aku gigih pinjam BB kawan dok online cari ada tak family aku bukak FB malang yer adik2 aku semua tak bukak... lepas tu dok BBM dan tepon kawan-kawan mana tahu dorang ada simpan data aku.. tattt... semua tak der.. kelam kabut aku dibuatnya....
Hasilnya... aku tipulah NO IC IBU DAN ABAH AKU.. hahaha.. bukan dia nak check pon.. lagi pun aku CONFIDENT YANG AKU TAK DAPAT... hahaha.... dalam masa yang sama aku tertarik dengan satu soalan kat borang tu.. dia suruh kita buat essay dan soalan dia berbunyi begini...
"Jikalau saya ialah SITI NURHALIZA, saya akan..." sila sambung perkataan ini... wah gitu..!! aku pun cakaplah kalau aku siti nurhaliza aku akan bawak lagu tradisional ke mata dunia.. haha.. suka sangat soalan ni.. heheh...
Sebenarnya dalam kami sibuk-sibuk mengisi borang ramai lagi yang berdiri dalam kepanasan di depan pintu pagar... kesian mereka... sebab borang dah abis.. oleh itu untuk berlaku adil Pak Nil and the geng sendiri turun padang dan bagi mereka pelung cuma dorang kena buat saringan kalau lepas baru jumpa pak nil manakala kami yang dapat borang terus audition dengan pak nil jer.. WAH SELAMAT..! dapatlah gak aku ujibakat depan pak nil.. EXCITED..!!
bayangkan betapa ramainya manusia yang nak ujibakat.. kesian Pak Nil aku tengok.. huhu~
Yang ni bagi yang dapat borang... tu pon dah ramai.. entah keberapalah giliran aku???
Nilah Kami BERLIMA budak masscomm UiTM Shah Alam yang tak tahu malu minta camera man tu tangkap gambar kteorang.. hehehe....(burok yer muka aku?? hehe)
Nilah nombor-nombor kami.. sebenarnya ada 6 orang budak masscomm satu fakulti dengan aku yang pergi.. dari kiri Maria, Azim Tam Tam, Ila (nama glamour Eton haha..), Aku, Alwi dan yang tangkap gambar Isa... semua berbakat besar tapi rezeki siapalah yang layakkan.. hehee...
Tengok.. bayangkan berapa ramainya orang nak ujibakat..!! ni masa Pak Nil and geng bagi briefing dan Tips nak jadi pengacara.. bagus betul mereka semua ni..
Baik nak diringkaskan cerita setelah mendapat nombor dan isi borang dalam pukul 10 pagi tu audition pun dah start.. dengar cerita nombor bermula 1600 lebih.. manakala nombor giliran aku ialah 1791..!! bapak laa ada 100 lebih orang aku kena tunggu.. maka aku gunakanlah peluang itu untuk berlatih...
Masa tu aku ada buat dua teks.. sama ada aku nak buat rancangan dokumentari atau rancangan kanak-kanak.. dua-dua aku rasa best.. so dalam delima tu aku tanyalah kawan aku si Ila(Eton) dia cakap yang mana satu kau lebih suka.. aku cakap dua-dua.. lepas tu dia tanya mana satu kau rasa lebih menjiwai kau.. dengan perwatakkan kau... maka aku pun cakap macam rancangan kanak-kanak jer.. SO?? dia tanya.. hehehe... aku pun garu kepala dan pilihlah rancangan kanak-kanak sebab aku rasa aku ni happy gud lucky budak2 ske.. jadi boleh bawalah kot.. tambah aku ni OVER~ hahaha......
Practice punya practice... tak juga-juga turn kami.. penat seh... maka kami pun pergi lunch dulu kat MCD dan terus berlatih sampai senja.. Kemudian pergi plak dinner kat kedai mamak.. hayooo... lama giler... seharian kot... balik sahaja kedai mamak hujan turun dengan lebat.. LAAA...!! aku dahlah pakai baju baldu.. kalau kena air bertombok laa.. nasib baik ada cardigan maka sarunglah cardigan tu cover baju.. plus Pak Guard kat situ baik hati pinjamkan payung untuk kami...
Masa aku tunggu kawan aku pass payung kat kawan-kawan lain yang tertinggal kat kereta, aku pun berboraklah dengan pak cik guard tu.. dia kata "Kamu dapat tak nombor yang diberi orang pagi-pagi tadi?" aku jawablah ada.. lepas tu dia cerita sebenarnya ada dua orang peserta yang sesuka hati bagi nombor tu sedangkan nombor tu bukan dari pihak astro.. dia bagi nombor dan bagi tahu yang orang dah ada nombor boleh pergi makan dulu... tetapi sebenarnya dia nak halau orang lain.. Terkezut aku dengar cerita tu... macam tu jenis manusia pun ada ker.. hayoo.. nasib baik aku dapat nombor tapi blur dan tak terpedaya sebab kawan aku yang amikkan.. hehehe... Pak cik tu cakap 2 orang peserta tu terus di blacklist.. menangis-nangis dorg sebab tak dapat diujibakat.. hayooo.. baru nak sedar ker.. padan muka.. hehehe...
Lepas tu barulah turn kami beratur.. sebenarnya sebelum beratur masuk ujibakat dengan pak nil kami diminta amik sedikit ujian bertulis.. HAYOOO ADA EXAM GAK KER?? astro bagi 15 soalan pengetahuan am ada objektif dan subjektif.. yang bestnya tips untuk lulus exam tu ialah MENIRU.. haha.. kawan aku semua dok google pakai BlackBerry dan aku plak dok tanye2 jer.. hehe.. last2 abang tu tanda dia tegur kenapa jawapan kamu semua ni sama jer.. hehe.. dengan tak tahu malu kami jawab sebab kami semua sehati sejiwa.. hahaha... nakal giler...
Sedang lama menunggu tu pengacara On Air Karl berkongsi sedikit tips dengan kami.. dia kata kalau nak buat rancangan kanak-kanak kena energy.. aku pun macam ok take noted.. hehe.. TQ for the tips..
Akhirnya setelah lama menunggu turn aku pun tiba.. bayangkan dari pukul 8 pagi sehingga 10.30 malam barulah boleh jumpa pak nil.. hayoo...
Masalah yer sebelum turn aku tiba-tiba ada masalah teknikal.. maka sementara menunggu Pak Nil pun keluar dari bilik audition dan dia bagi tips kat kami yang sedang menunggu di depan bilik audition.. dia kata first "No camera" sebab dia nak fokus berkongsi dengan kami.. lepas tu dia pun cakap.. "Sekarang ni kamu sedang buat ujibakat di Astro tak macam tempat lain.. jadi saya harap kamu boleh ambil feeling bintang tu bawak ke dalam bilik ujibakat.. bayangkan kamu pengacara macam AC Mizal, Zizan dan lain-lain," dalam masa yang sama dia sempat lagi buat lawak dia kata Din Beramboi pun selalu jalan-jalan kat sini dan sekarang ni pun saya rasa dia ada.. hehe.. rasa lawak tapi dalam masa yang sama simpati pun ada.. hehe...
Sangat memberangsangkan kata-kata Pak Nil tu takkan aku lupakan.. sebelum turn aku kawan aku si Azim tam tam yang masuk.. cuak betul sampai kering tekak aku.. tanpa rasa malu aku minta air kat crew sikit.. hahaha.. nasib baik dia baik dia pun bagi.. sebaik sahaja kawan aku keluar dia bawak keluar KAD PINK..! maksudnya dia berjaya..!! Wah aku sangat teruja tengok dia berjaya... tetapi tak sempat buat apa-apa sebab bila dia keluar aku kena terus masuk...
Sebaik melihat kawan sebelum aku berjaya emosi aku terus tak stabil.. haha.. sebab aku fikir kalau orang sebelum kita dah dapat chance untuk kita dapat sangat tipis.. except kalau kita buat sesuatu yang sangat luar biasa.. YEAhh... luar biasa tu buatkan semangat aku terlebih-lebih plak.. hahaha... So masa Pak Nil kata On Air dengan semangatnya aku jerit "Hai adik-adik semua, jumpa kita kembali dalam rancangan TOM TOM BAK.. bla bla bla.. sekali aku tersalah teks.. apa yang aku rancang lain aku cakap.. aku nak nyanyi kita harus hormat ibu bapa tetapi aku tercakap kita tak harus hormat ibu bapa maka cepat-cepat aku cover... eh tak boleh macam tu kita kena hormat ibu bapa kita... sekali pak nil CUT...
Dia kata aku terlalu menekan.. budak-budak tak nak dengar kalau kita jerit-jerit nanti mereka takut... sambil pak nil bagi tahu aku tu dia pegang botol so dia tercampak botol dia kat aku.. OPSS.. tak lah kena just jatuh lantai jer.. aku tak pasti dia sengaja atau tak sengaja.. hehee.. tapi tak per mungkin dia tersemangat kot sebab dia tengok aku salah sangat.. ok aku pun cakap kat dia sorry sebab saya terlebih semangat tadi boleh tak bagi saya second change.. dia pun macam ok second change..
Maka aku pun tarik nafas dan mula balik.. "Hai adik-adik bertemu kita kembali dalam rancangan Tom Tom Bak..! disebabkan tadi aku tersalah cakap maka aku pun teruskan jela kesalahan aku cakap eh mana boleh kita tak hormat ibu bapa, kita kena hormat mereka sebab jasa mereka tiada tolak bandingnya tiba-tiba pak nil CUT lagi.. dia kata mana boleh cakap macam tu.. tolak banding tu macam bombastik sangat budak-budak bukan boleh faham... errkkk aku pun macam alamak sebenarnya tak plan pun cakap tolak banding tu spontan sebab dah tersalah teks kan so nak cover.. hehehe...
Maka Pak Nil pun kata aku gagal.. aku pun redha jer laa nak buat macam mana dah tersasul salah.. sedangkan emosi yang aku letak untuk second change tu mula-mula pak nil macam dah suka sebab aku pujuk budak-budak tapi tersalah words plak.. hehehe... jadi HASILNYA AKU PUN KELUAR DENGAN...
Maksudnya GAGAL.. hehehe.. aku dah agak dah.. so aku taklah kesah sangat.. kecewa tu mesti ada tipulah tak der.. but the important thing is I learn something.. hehehe...
Jadi diantara kami 6 orang hanya kawan aku si Azim Tam Tam jer yang berjaya dapat pink.. TAHNIAH BRO..!! PROUD OF U..!!
sampai merah muka menangis kan.. tapi kalau aku pun menangis.. hehe.. TAHNIAH..!!
So dalam pukul 11.30 malam tu kami semua pun selesai ujibakat.. kami semua tunggulah kat kerusi tetamu sebab nak tunggu si Azim ni sebab nak balik sekali kan.. dalam masa yang sama Ila(Eton) nak tunggu jiran dia yang masih tengah ujibakat.. punyalah lama tunggu si Azim ni entah apa yang dia kena buat.. dengar cerita kena isi borang 16 muka surat.. hayooo...
Sedang kami menunggu tu kami pun berboraklah macam-macam cerita... si Ila kata jangan risau tak der rezeki yang datang bergolek jer benda-benda macam ni buat kita lebih berani untuk mula dari bawah sebab itu lebih kekal lama.. aku suka ayat tu.. lagipun ibu aku sebenarnya bukan kasi sangat sebab kalau dapat masuk macam mana study aku..? takut tak dapat degree plak.. at least biar ada degree dulu so secure lepas tu nak masuk apa-apa pergilah.. tapi sebenarnya bagi aku kalau dapat pun ada advantages yer gak sebab kita dah ada tapak kan.. kalau kuar degree tak der tapak agi.. hehehe.. kata MASSCOMM....
Apa-apa pun aku rasa ada hikmah aku tak dapat sebab aku rasa kalau aku dapat nanti lebih banyak masalah yang timbul berbanding kebaikan.. hehehe.. Alhamdullilah tak dapat.. hehehe.....
Sedang kami menunggu tiba-tiba datang seorang pekerja Astro tu halau kteorang.. amboi sentap aku dibuatnya.. disebabkan aku tengah mengantuk dan penat maka emosi tak stabil sikit aku termarah abang tu.. aku kata kami tunggu kawan kami yang dapat dia tak settle2 lagi.. takkan kami nak tinggalkan dia sorang.. takut abang tu kena marah gan aku.. hahaha.. dia pun terus panggil si Azim ni.. Azim kata dia kena jumpa produser.. so lambat lagi.. disebabkan Ila punya jiran dan selesai aku dengan Ilan pun balik dulu.. Alwi dan Isa tunggu Azim.. entah sampai pukul brape ntah.. kesian plak aku tengok dorang kepenatan...
Maka sampai situ jer laaaa kisah audition tu.. sampai-sampai jer kat umah pukul 2 pagi aku cakap kat ibu aku yang aku tak dapat.. sekali ibu aku kata Alhamdullilah.. memang ibu doakan tak dapat pun.. hahaha.. sentap jap.. doa ibu memang makbul kan.. Apa-apa pun I've a lot of fun and gain experiences.. TQ PAK NIL AND ASTRO...!!!!
p/s: nak pergi Mentor plak..??? hahahhaa.......
0 ulasan: