AKU DIHALAU..!!
Semalam dengan semangatnya aku bercadang.....Tapi sebelum aku bertindak terburu-buru daftar aku telah pun tanya dekat Closed Group Kolej Jati.. Ini buktinya...
Jadi dengan semangat yang berkobar-kobar aku pun mempersiapkan segala barang-barang keperluan malam semalam juga..Siap bangun pagi-pagi lagi untuk ikut ibu dan abah aku hantar kakak aku kerja di Puchong kemudian terus pergi daftar kolej Jati...
Mesti korang tertanya-tanyakan kenapalah aku semangat sangat nak balik awal kan?? hehe...
Sebenarnya aku telah berjanji dengan beberapa orang rakan-rakan untuk pergi beraya kat salah seorang rakan aku. dia buat Open House.. jadi bila lagi nak berjumpa sebab nanti bila dah masuk sem semua dengan course dan UiTM lain-lain.. jadi ini jelah cara nak lepaskan rindu.. hehe....
Tambahan lagi aku jumpa pula Takwim Kolej jati yang terpampang....
nak jelas klik laa gambar ni...
Jadi pagi tadi dengan yakinnya aku pergilah mendaftar... bermulalah kisah aku yang CHOI...!!!
Pertamanya... sebaik sahaja kami sampai pengawal yang pernah aku bergaduh yang jaga pagar.. OH MY ALLAH..!! Abah aku bawalah kereta nak masuk ke dalam kolej.. dia dengan muka kereknya letak CONE dan halang kami masuk.. abah aku cuba cakap baik-baik tapi dengan muka berlagaknya dia suruh ke tepi.. Hish sombong betul.... terpaksalah kami parking jauh giler dari Kolej Jati.. menyusahkan orang betul...
Kedua.. aku dah pergi ke pejabat tapi pejabat tutup.. rupanya pendaftaran kat bilik seminar bukan kat pejabat.. laa asal laa pengawal tu tak bagi tahu.. tak per laa itu boleh di maafkan..
Ketiga.. (paling Hotzzz sekali..!!)
Dibilik seminar ada 3 kaunter pendaftaran aku pun pergilah kaunter yang pertama.. sebaik sahaja sampai di kaunter aku katalah kat Kakak tu aku nak daftar.. sekali dia kata...
"Adik ni pemohon
rayuan kami dah maklumkan
yang pemohon rayuan
daftar hari isnin,”
Terkejut beruk aku... maka dengan muka seposen aku pun merayu kat dia... Aku kata penat kami datang dan lagi pun ibu dan abah aku sibuk macam mana nak hantar hari Isnin.... tetapi dengan muka selamba dia kata...
"Kami dah maklumkan banyak kali
yang pemohon rayuan daftar hari isnin,”
Tapi saya tak tahu pun.. Saya ingat Hari Isnin untuk orang uruskan rayuan.. sebab rayuan sayakan dah berjaya... tak boleh ker...(belum sempat aku bagi alasan)
"Kami dah maklumkan banyak kali
yang pemohon rayuan daftar hari isnin!”
Tapi.... (dia potong cakap aku dengan kerek)
"Kami dah maklumkan banyak kali
yang pemohon rayuan daftar hari isnin!!!!”
Aku terus blaaa malas nak
bergaduh... huhu
Gambar Takwim secara dekat...!!!
Ada Staff balas dalam Facebook...!!
(selepas aku tidur.. laa~~)
Baiklah aku mengaku ni salah aku sebab tak perasan tarikh daftar yang sebenarnya.. tapi ada dua kesalahan KOLEJ JATI yang aku rasa memang sangat sakit hati..!!!
PERTAMA.. CARA LAYANAN SANGAT TAK SOPAN... salah sangat ker nak layan baik-baik aku tahulah aku salah.. tapi bukan aku sengaja.. kena ingat gak.. kami ni pelanggan anda di UiTM kalau tak ada pelajar ataupun pensyarah.. staff2 UiTM pun tak ada.. kita ni saling memerlukan.. jadi layanlah baik... sentap jer aku.. langsung tak kesiankan orang.. huhh...
KEDUA.. KOMINUKASI SANGAT TEROK..!! maklumat tak sampai.. aku rasa sepatutnya dia kena letakkan sekali kat Surat Tawaran yang aku dapat kolej dan boleh daftar bila.. macam manalah orang nak tahu... lepas tu senang-senang jer cakap kami dah cakap banyak kali.. nampak sangat komunikasi tak effektif tu yang kena cakap kat ramai orang banyak kali.. sebab mesti ramai yang tak dapat maklumat macam aku jugak..!!
KONKLUSINYA.. aku tak salahkan UiTM ker atau siapa-siapa aku pun mengakui yang aku ada buat salah .. dan aku minta maaflah kalau aku terlalu direct cuma aku nak benda yang negatif macam ni boleh diperbaiki.. jika tidak nama Universiti Kesayangan aku juga yang teruk... kesian aku yang menjadi mangsa.. huh~~
besabar je la k,biasalah,bila dah banyak2 student,org kolej pon dah tak terlayan ;)
BalasPadamtu laa... tapi info tak sampai nak buat mcm mana.. aku dah make sure awal2 dah.. emm.. biasa laa mana2 universiti pon sme jer.. cme harap perkhidmatan ini bleh dipertingkat...
BalasPadammcm aku..kol dulu ritu..dia kata selagi tak tarikh..tak boleh daftar..kesian kat aorang jauh2 la kan..bukan senang nak dtg..
BalasPadampe2 pon..dah banyk kali 'kena' ngan orang ofis nie..sabor je la..tggu aku jadi NC nanti..tau la aku kerjakan..kakakakaka
tu laa pasal.. hehe.. sabar jer laa..
BalasPadamaku doakan Che mat jdi NC .. hehe amin....