Puasa sunat di bulan Syawal.
Bagus betul KHUTBAH jumaat tadi...!! Mungkin tadi antara imam yang paling best pernah aku dengar khutbah selain masa aku sekolah menengah dulu ada satu Imam tu sampaikan Khutbah pasal Palestin sehingga menangis-nangis.. berkaca-kaca mata aku ketika itu...
Baiklah aku nak kongsi sedikit mengenai info Puasa Sunat Syawal yang aku dapat tadi.. kalau dah tahu tak mengapalah kita jadikan sebagai peringatan sebab manusia ni kan selalu lupa jadi kita perlu disentiasa diingati....
Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud) : Barang siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dan meneruskannya dengan enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seolah-olah berpuasa selama setahun (Hadis riwayat Imam Muslim. Kitab Puasa).
Beliau ada menerangkan yang Allah Taala akan mengandakan pahala kita melakukan puasa wajib selama 30 hari di Bulan Ramadhan sebanyak 10 kali ganda... Maknanya sehari kita berpuasa di Bulan Ramadhan persamaan kita berpuasa 10 hari di bulan biasa.. Jadi, jika kita berpuasa 30 hari dalam bulan Ramadhan ia seumpama kita berpuasa selama 300 hari kerana 30 darab 10 persamaan dengan 300....
Manakala jika kita berpuasa lagi 6 hari di bulan Syawal Allah Taala juga akan mengandakan lagi sehari kita berpuasa persamaan dengan 10 hari. Jadi 6 hari kita berpuasa di Bulan Syawal persamaan dengan 60 hari kita berpuasa di bulan biasa..
Kesimpulannya, fadhilat kita berpuasa penuh di bulan ramadhan seumpama kita berpuasa 300 hari dan ditambah pula dengan fadhilat 60 hari berpuasa di bulan Syawal menjadikan kita seakan-akan telah berpuasa 360 hari iaitu persamaan dengan SETAHUN..!!!
HEBAT TAK..!!!
Bagaimana pula dengan orang yang uzur dan mengantikan puasa pada bulan Syawal?? Adakah mereka juga mendapat ganjaran yang sama..??
Syeikh Atiyyah Saqr, mantan Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar ketika ditanya tentang persoalan ini menyatakan bahawa sudah cukup bagi seorang yang ingin melakukan puasa qadha dan puasa enam dengan berniat puasa qadha dibulan Syawwal, dan ia akan diganjari dengan dua ganjaran sekaligus seandainya dia bertujuan demikian dengan syarat dia perlu mendahulukan niat puasa qadha terlebih dahulu. Ini adalah kerana puasa qadha adalah wajib dan puasa enam adalah sunat. (sumber)
Sebenarnya banyak lagi kebaikan yang boleh kita perolehi dengan berpuasa sunat enam hari di Bulan Syawal antaranya ialah kita dapat membantu sistem percernaan di dalam badan kerana sudah selama sebulan sistem percernaan dalam badan kita berehat tiba-tiba Hari Raya ia seakan-akan terkejut sebab perlu memproses pelbagai makanan sekaligus.. tambahan pula kita ni bila hari raya tak dapat kawal nafsu nak makan itu dan ini kan..!! hehe.. jadi puasa sunat ini akan membantu kita untuk slow down kan badan kita supaya mencerna dengan berunsur-unsur supaya tidak terlalu terkejut..
Cikgu Sains aku masa Tingkatan 3 ada kata kalau kita berdiet dalam sesuatu masa kemudian kita terus makan dengan banyak sebaik sahaja diet berat badan kita akan bertambah lebih banyak berbanding sebelum kita berdiet sebab sistem pencernaan kita terkejut sehingga menyebabkan ia lambat mencerna dan akan menghasilkan lebih banyak lemak....
Jadi kalau tak nak gemuk lepas Raya..INILAH RAHSIANYA.. hehehe...
Selain itu puasa juga akan membantu kita untuk mengawal hawa nafsu.. sebab hawa nafsu berpunca daripada pemakanan kita.. jika kita tak dapat mengawal pemakanan ia akan menyebabkan hawa nafsu juga sukar dikawal.. hasilnya kita akan kurang melakukan ibadah dan lebih banyak melakukan kemungkaran... Astaufiruallah alazim...
Kesimpulannya.. Ayuh berpuasa sunat... hehe...
p/s: ingatan untuk aku dan kalian semua... salam lebaran..!!!
sumber: http://biroagamakelabep.blogspot.com, http://razzyy.com
0 ulasan: