YEOP MAHIDIN.
Siapa dia....?????
YEOP MAHIDIN.
Baiklah entri aku ni agak sedikit ilmiah.. so aku sound awal2 kalau siapa yang malas membaca.. bolehlah pergi baca post lain kat blog aku ni... hehehe...
Tapi nasihat aku... rajin-rajinlah membaca kerana ini tentang sejarah yang akan mengajar kita menjadi insan yang lebih baik.. kalau kita buta sejarah maka bengkitlah macam-macam isu.. Aku bukan nak cerita pasal Mat Sabu.. hehee.. macam-macam... aku rasa kalau aku cerita pasal Mat Sabu pasti semua dah naik muak.. so aku nak cerita pasal Lelaki ini iaitu seorang perwira dalam menentang komunis...
Semoga bacaan ini dapat membantu anda untuk mengetahui kisah pahit yang pernah berlaku satu masa lalu di Tanah Air kita yang tercinta ini.....
SELAMAT MEMBACA DAN MEMAHAMI....
Parti Komunis Malaya yang besar kepala, cuba merampas pentadiran negara dengan cara yang paling ganas dan kejam. Mereka menagih janji British agar menyerahkan Tanah Melayu kepada Parti Komunis Malaya yang berkiblatkan Komunis Russia dan Mao Tze Tung, China. Apabila British enggan menyerahkan Tanah Melayu kepada gerila yang mereka sendiri latih dan perlengkapkan dengan senjata, latihan, perisikan serta taktik peperangan, maka PKM di bawah kepimpinan Chin Peng melancarkan peperangan, bukan sahaja terhadap British yang tidak menunaikan janji kepada mereka, tetapi kepada penduduk Tanah Melayu.
Dan apabila Rejimen Ke-10 PKM yang keseluruhan anggotanya adalah Melayu ditubuhkan di Pahang dan mula melancarkan keganasan, maka muncullah nama Yeop Mahidin bin Mohamed Shariff yang dilahirkan pada 20 Februari 1918 di Kampung Lambor Kiri, Parit Perak.
Yeop Mahidin yang berpengalaman sebagai Majistret di Teluk Anson (sekarang Teluk Intan) dan Kajang dan Penolong Pegawai Daerah di Kuala Lipis, merupakan salah seorang yang menyertai Pasukan Sukarela Tempatan yang ditauliahkan sebagai Leftenan Muda. Pada 1945, dia telah dilantik sebagai pemerintah Pasukan Sukarela Tempatan dengan menyandang pangkat Mejar.
Ketika Perang Dunia Kedua tercetus, Yeop Mahidin telah menubuhkan pasukan Gerila Wataniah Pahang yang dilatih oleh Force 136 yang dipimpin oleh Mejar Richardson. Kekuatan pasukan tersebut hanya 254 orang dan diketuai oleh Yeop Mahidin sendiri. Antara kejayaan penting pasukan itu adalah membunuh 30 hingga 40 orang anggota tentera Jepun dan memusnahkan 41 buah kenderaan dalam satu serangan hendap yang dipimpin oleh Leftenan Yakin. Kejayaan tersebut adalah hasil perancangan dan pemilihan tempat serangan hendap oleh Yeop Mahidin.
Yeop Mahidin telah dihantar untuk menewaskan Rejimen Ke-10 PKM yang dianggotai oleh komunis Melayu dan dipimpin oleh Abdullah C.D. Yeop Mahidin yang tidak menghiraukan kekejaman komunis-komunis Melayu yang bukan sahaja memusnahkan aset British, tetapi membunuh dan menyeksa orang awam, termasuklah melakukan pembunuhan secara beramai-ramai untuk menimbulkan kegerunan di hati penduduk tempatan.
Langkah pertama yang dilakukan oleh Yeop Mahidin adalah mewujudkan Home Guard untuk membantu menghadapi keganasanRejimen Ke-10 PKM pimpinan Abdullah CD. Ternyata kewujudan Home Guard telah banyak membantu menstabilkan keadaan. Komunis Melayu di Pahang yang sebelum itu telah banyak melakukan penjarahan dan pemusnahan, mula berasa terancam. Serangan yang dilakukan oleh pasukan Wataniah dan persekitaran kampung yang dikawal oleh Home Guard, menjadikan komunis-komunis Melayu itu berputus asa.
Akhirnya Abdullah CD melarikan diri ke sempadan Thailand bersama anggota-anggota Rejimen Ke-10 PKM yang masih bersisa.
Sebahagian daripada anggota Rejimen Ke-10 PKM adalah pejuang-pejuang nasionalis dari kelompok kiri terutama sekali ahli-ahli API, AWAS, PKMM dan sebagainya. Mereka memilih untuk menyertai perjuangan bersenjata yang ditawarkan oleh Chin Peng. Bagaimanapun, kesemua mereka telah diperdayakan oleh Chin Peng dan Parti Komunis Malaya yang berharap penyertaan orang Melayu dalam organisasi tersebut akan memudahkan mereka menjajah negara ini.
Bukan sedikit dendam Parti Komunis Malaya, Abdullah CD, Chin Peng dan komunis terhadap Yeop Mahidin. Yeop Mahidin adalah orang yang bertanggungjawab mengeluarkan pejuang sebenar daripada penyengutuan dengan komunis, sebaliknya mengesahkan tentang komunis tulen yang terus melakukan penjarahan dan keganasan ke atas rakyat negara ini.
sumber: peraktoday.com
fariz.. nak tahu pasal shamsiah fakeh boleh? ada yang kata dia ni pembela negara, walaupun dia antara pemimpin komunis malaya..
BalasPadamok.. nanti kalau dpt info kita share...
BalasPadamMy arwah dad.
BalasPadam