ISA DIMANSUHKAN..
Dari aku sekolah menengah hingga masuk universiti dah banyak kali aku rasa aku kena debat tajuk sama adakah ISA wajar dimansukan ataupun tidak..??? dua-dua ada pros dan cons nya... jadi aku tak berani nak komen..
Lepas tu Kerajaan telah berjanji untuk mengkaji Akta ISA ini sama ada masih releven untuk digunakan sekarang atau tidak.. maka tak sampai beberapa jam yang lalu semasa Ucapan Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib di Majlis Hari Malaysia menyatakan....
SILA KLIK....
Ini pula keratan akhbar....
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959 akan dimansuhkan terus.
Sehubungan itu, Najib berkata dua akta baru yang sesuai akan digubal bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan awam.
Sehubungan itu, Najib berkata dua akta baru yang sesuai akan digubal bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan awam.
"Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus...
"Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa," katanya dalam Perutusan Khas Hari Malaysia di Angkasapuri.
Ucapan beliau itu disiarkan secara langsung oleh RTM.
Sehubungan itu, Najib berkata kerajaan tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.
Katanya, kajian semula komprehensif akan membabitkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.
Beliau berkata, kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
"Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa," katanya.
sumber: berita harian
Jadi aku harap penyelidikan lebih lanjut dapat dibuat dengan segeralah bagi menilai mengenai undang-undang yang perlu diwujudkan untuk mengawal keamanan negara.. sebab kalau bebas sangat pun boleh membahayakan keselamatan masyarakat...
Maka aku harap pemansuhan ini akan menambah baikkan lagi keadaan negara Malaysia.. Amin....
sumber: Malaysiakini dan Berita Harian... (dapat idea baru dengar berita kat RTM tadi.. hehehe)
p/s: Perlembagaan yang baik ialah perlembagaan yang sentiasa digubal dan diperbetulkan...(kredit to pengajar debat UiTM.hehe)
0 ulasan: