INILAH NASIB PELAJAR UITM.

9:47 PG 4 Comments


~Inilah nasib badan~

Hari ini sangat penat... WAAA..!!! kalau dapat orang yang boleh urut kaki aku ni kan bagus.. penat sungguh berjalan seharian suntuk tanpa henti.. Ini dia kisah aku sebagai pelajar UITM pada hari ini.. emm....

PAGI...

Waaaa..!!! bangun lambat...!! kelas pagi pukul 8.30 tapi bangun pukul 7.50.. huhuhu... nasib baik fakulti tak jauh maka aku pun bersiaplah dengan pantasnya.. masuk-masuk jer bilik air.. BILIK AIR PULA TERSUMBAT.. eeuuww.. tak nak aku mandi entah air kencing siapa yang bertakung aku nak pijak.. please...!!!! Maka aku pun pergi mandi bilik mandi tingkat atas.. waa!!  

Sessi pakai baju.. "emmm baju apa aku nak pakai ni..??" maka aku pun pilih baju Merah yang aku beli kat Rantau Panjang ari tu, pakai seluar slack dan kasut kain aku (cotton on).. dah siap gosok baju semua.. sekali sarung baju tu... OPPSSS..!!! MACAM SENDAT JER..!!!


Lantak laaa dah lambat ni.. maka aku pun kempis kan perut dan pergi ke kelas dengan mendada sambil kempis perut.. (ala-ala TOUGH laa tu.. wahahahaha)

Perjalanan nak pergi fakulti.. aku terpaksa naik TANGGA SETINGGI BATU CAVES... oh pagi-pagi dah EXTREAM EXERCISE...!! memang nak patah kaki ku ini.. tak cukup dengan itu.. nak sampai fakulti aku pula kena daki pula bukit.. Aduh.. setelah penat mendaki nak pergi ke kelas pula kena naik tangga ke tingkat 3.. OH TIDAK..!!!!


Sebaik sahaja aku buka pintu kelas dengan kepenatan yang melampui batas... SEMUA RAKAN SEKELAS PANDANG AKU DENGAN PANDANGAN YANG TAJAM.. aku dalam hati mula berbisik.. "mesti mereka nak puji baju baru aku yang melatop ni.. waahahah!!" (dah mula nak perasan riak kan.. wahahahaha)

SEKALI..!! "Asal baju kau merah sangat.." "Aku rasa baju kau ni tak sesuai laa kalau kau kurus sikit ok.."(macam-macam komen yang negatif... oh aku stresss..!! hehehehe..)


Selepas mendengar SYARAHAN PENSYARAH selama 3 jam(oh tak sangka masa berlalu dengan laju.. hehehe.. kira fokus laa aku ni..) Aku dan beberapa orang kawan-kawan terus naik bas nak makan kat seksyen 2... 

Oh rindu giler makan kat seksyen 2.. sem lepas masa duduk Kolej Jati selalu makan situ.. sekarang dah jarang.. hehehe.. kemudian kawan aku kata.. "Lepas ni korang semua baliklah yek aku nak pergi PAS(Plaza Alam Sentral bukan parti politik.. hehehe)" 

Kemudian seorang kawan aku sambut.. "Nak ikut..." kawan aku yang nak pergi PAS tu balas.. "Aku nak pergi sorang-sorang laa" kemudian dalam masa yang sama aku pun nak ikut sebab nak cari BOW TIE untuk dinner Kefajar aku minggu depan.. hehehe...

Seorang demi seorang nak ikut akhirnya kami semua empat orang nak pergi.. hehehe.. kesian kawan aku nak pergi sorang-sorang jer tapi semua nak ikut.... 

Jadi mulalah sessi kami merongeng di sana... makan aiskrim, kareoke, windows shopping dan sebagainya... hehehe.. memang best..!! tapi nak patah gak laa kaki aku berjalan.. hehehe... yang paling penting memekak melolong laaa kareoke.. hehehe...

Nak dijadikan cerita kawan aku ni dia ada bawa COVER MICROPHONE... tapi kami panggil benda tu...

KONDOM MIKROFON...
kreatif tak kami???? wahahahaa...!!

Selepas kareoke kami pergi ke tandas ramai-ramai pergi membuang apa yang patut.. selepas semua selesai kami pun jalan bersama-sama nak balik.. Sekali kawan aku ni berlari patah balik ke tandas dia kata dia tertinggal kondom mikrofon dia kat tandas.. kawan-kawan aku yang lain pelik apasal dia tiba-tiba lari patah balik...

Sebab mereka bertanyakan kepada aku.. aku pun jawap laa..

  "DIA PERGI AMBIL KONDOM DIA KAT TANDAS.." 
dengan kuat dan yakin...hehehehhee....

Dalam masa yang sama.. ada seorang mak cik bersama anaknya lalu bertentangan dengan kami.. terbeliak mata dia dengar aku cakap.. dan mula buat muka tak puas hati... eerrrkk..!!! (mak cik jangan salah sangka..hehehehehe...) kami pun berlalu jer buat tak tahu.. biarlah mak cik tu nak fikir apa pun.. wahahaha...!!!

Kami sampai balik kat UITM pukul 6 terus pergi kelas seterusnya.. fuhhh..!! penat betul.. Jadi dengan suasana senja yang membekukan otak kami semua pun dengarlah ajaran PENSYARAH selama 3 jam.. mengantuk betul.. heheheh....

Selepas habis kelas kami semua pun pulang.. keluar jer daripada kelas terus...

 HUJAN TURUN DENGAN LEBAT..!!


Kami pun berlari sepenuh hati berteduh di suatu tempat.. tapi tempat yang kami berteduh tu pun da terkena tempias-tempias.. DAH LAA AKU PAKAI BAJU SENDAT(hehehe) PAKAI BEG KAIN, BAWA BUKU TEKS BANYAK(buku orang aku pinjam plak tu.. habislah kena marah dengan tuannya) DAN JUGA AKU PAKAI KASUT KAIN.. kalau basah semua tu.. habislah aku...

Jadi dalam masa terdekat aku pun dapat idea.....

PERTAMA.. sumbat semua buku teks dalam beg kain.. walaupun tak muat sumbat jer bagi muat.. wahaha... KEDUA.. aku tanggalkan kasut dan stoking tak nak bagi basah.. KETIGA minta beg plastik kat kedai yang bersebelahan dengan tempat yang kami berteduh.. orang tu ada offer nak jual payung tapi aku tak nak.. aku nak plastik.. wahahahah kedekut giler... KEEMPAT.. sumbat kasut dan beg dalam palstik berkenaan.. tapi still ada lubang kat bahagian atas beg plastik ...KELIMA.. tanggal baju kemeja merah sendat tu balutkan beg plastik tu.. KEENAM lipat kaki seluar DAN SETERUSNYA LARI SEPENUH HATI... waaaaa..!!!!!!

Semua orang dok pelik tengok aku berlari dengan kaki ayam.. ditambah dengan baju dalam yang sendat menampakkan segala lemak yang ada.. wahahaha... sampai jer kat bilik aku terus mandi.. FUHHH... INILAH NASIB AKU SEBAGAI  PELAJAR UITM... huhuh~~~

Sampai sekarang hujan tak berhenti lagi.. hehehe... best gak bila aku kenang kembali asam garam hidup UiTM ni walaupun sehari... hehehehe

p/s: aku pasti akan rindukan saat ini bila dewasa nanti.. (sekarang ni tak dewasa lagi.. enjoy your young time.. wahahahahah!!)

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. bersyukur masih belajar di shah alam...bukan puncak..nanti kau akan tahu azab naik gi kelas 12 tingkat ! naik tangga tau...cam tahi je

    BalasPadam
  2. hehehe... faham2.. kat puncak tangga dh mcm fly over kan?? hehehe... sabar jer laa.. tu semua pengalaman yg mengindahkan.. huhu~

    BalasPadam
  3. Hee...seronok bace blog kamu nih,,cara penceritaan yang sangat menarik.. Tahniah3!! kerana buat saya menghabiskan cerita yang tak seberapa nih..hohoh =D ...
    Bt, belum lagi Uitm kampus bandaraya Melaka..16 tingkat taw =D=D ...law bersabar,dapatlah naik lif, law tidak kenalah mendaki jugak... =))

    BalasPadam
  4. huhuhu, kehidupan sbgai student mmg tbaik.. http://jobdirumah.com/tamrin

    BalasPadam