Suatu hari di hari raya #1
Hari raya pertama memang sangat meriah.. pagi-pagi aku dah BANGUN LAMBAT.. wahaha.. yelah malamnya pun tidur pukul 3 pagi.. jadi ibu aku pun kejut dengan perli baik punya... "KALAU NAK BANGUN RAYA BANGUN LAH, KALAU TAK NAK TIDUR LA SAMPAI ESOK!" aku yang dengar perlian berkenaan pun terus bangun dan buat muka mamai.. aduh.. gantok yer..!!!
Tapi disebebakan hari raya.. semangatnya lain.. jadi dengan pantas aku pun bangun, mandi, bersiap terus sessi salam menyalam.. hehe.. aku tak sarapan pun tak sempat lagi pun malas nak makan banyak-banyak time raya ni.. hehee....
SESSI SALAM DAN CIUMAN SAYANG.. hehe..
Abah dan Ibu ku cayang..!!
Aku dan Abah tersayang..!!
Aku dan ibu tersayang.. muah x2..!!
Selepas sessi salam dan bermaafan kami sekeluarga terus pergi ke rumah nenek aku yang 10 minit naik kereta dah sampai.. hehe.. orang selalu balik kampung lebih dari sejam perjalanan.. kami 10 minit jer tak jauh mana pun..
Kemudian bila dah salam nenek dan beberapa mak cik saudara kami terus pergi SOLAT RAYA bersama-sama...
Sesudah Solat raya rumah aku terus diserbu tetamu.. ramai saudara-mara, kawan-kawan ibu dan abah yang datang... MERIAH BETUL SUASANA MASA ITU....
Dalam masa yang sama ibu aku ada masak SPAGHETTI UDANG...!! memang terbaik punnyer..!!
Siapa yang tak terliur lagi-lagi udang.. hehe.. JADI DENGAN RAKUSNYA AKU MAKAN DENGAN BANYAK SEKALI.. wahaha..!!
Tak sampai satu jam lepas makan.. muka aku dah mula gatal-gatal.. laa nak kata ada nyamuk tak ada nyamuk.. makin lama makin gatal.. daripada kat muka merebak ke seluruh badan.. ibu aku dah mula risau.. rupanya aku dah terkena...
ALLERGY..
Oleh itu ibu aku pun bagi satu ubat.. ibu aku kata.. "ubat ni kalau makan nanti mengantuk." aku tak nak makan sebab aku tak nak tidur di hari Raya.. namun di sebabkan ibu aku paksa makan.. maka aku makan jugak laa.. (aku tak suka makan ubat... wahaha)
Selepas makan dalam beberapa minit kemudian aku terus tidur membuta.. ditambah pula tak cukup tidur semalam.. hehe... Jadi HARI RAYA PERTAMA AKU PENUH DENGAN MIMPI NAN INDAH MENINGGALKAN SEMUA TETAMU YANG BERBORAK DAN BERGURAU SENDA DI RUANG TAMU.. hehehe...(tragis betul raya tahun ni..)
Dalam petang pukul 5 baru bangun.. hehe... Lepas bangun tu laa baru aku pergi beraya rumah saudara mara sehingga malam.. hehehe.....
p/s: jangan makan udang terlalu banyak kalau tahu dah allergy.. wahahah...!!
aku suka mee goreng ada udang..terbaik bro
BalasPadamsama laa.. minat giler.. mee ker apa2 ker masak kalau ada udang memang ske tak dpt kawal diri.. however ada alergi laa plak.. hehee
BalasPadam