TERBAIK..!!

8:41 PG 0 Comments

Tengok tak cerita BOBOI BOY...????


TERBAIK.....!!!!

Tu laa trademark cerita ni... best kan cerita ni.. walaupun kanak-kanak sangat... hehe.. tapi best gak.. makin maju nampaknya animasi Malaysia bermula dengan Upin Ipin yang kat header tu, bola kampung, dan kini BOBOI BOY plak... congratzzzz...!!!

By the way aku bukan nak cerita pasal kartun sebenarnya... hehee.. tapi aku nak ambil TRADEMARK TERBAIK..!! ni kepada video matlutfi ni... smart..!!!

Saksikanlah.....



Aku suka ideologi yang dia bawa kan..  masej tu sangat jelas dan tepat... dan untuk pengetahuan kalian ideologi inilah yang aku Present masa pergi International Conferences di USM hari tu.. sampai aku berdebat sikit dengan seorang lecture dari Indonesia mengenai perkara ini...

Bagi mereka di Indonesia kalau tak silap aku meletakkan nasional nombor satu bagi mengurangkan perbezaan diantara kaum dan bangsa yang pelbagai di sana... tapi berbeza dengan Malaysia kita masih mengekalkan identiti kaum dan bangsa masing-masing tetapi tetap sayang kepada negara dan bekerjasama untuk memajukan negara dengan toleransi....

Yang paling penting mesej "MEMPERJUANGKAN BANGSA TAK BERMAKSUD RACIST" setiap bangsa ada hak membantu dan mengangkat bangsa mereka... yang penting kita tidak menjatuhkan bangsa yang lain dan memberi peluang sama rata.. namun kelebihan sesuatu tak bermakna kita menutup peluang orang lain... yang tu perlu diingatkan...

contoh terbaik.. kelas pertama dan kelas kedua.. pelajar pandai kelas pertama tak diberi kelebihan dengan kelas tambahan seperti kelas kedua.. tetapi peluang untuk berjaya dalam peperiksaan tetap di beri sama rata... iaitu dua2 kelas ambil kertas peperiksaan yang sama dan waktu serta tempat yang sama... 

Jadi jangan jadikan isu ini sebagai faktor memecah belahkan kaum di negara kita.. AYUH KITA BERSATU... MAJULAH MALAYSIA...!!!!

tak terlambat lagi kot aku nak mengucapkan... hehe...

SELAMAT HARI MERDEKA


p/s: sibuk sgt beraya.. sampai lupa entri pasal merdeka.. usha video kat you-tube baru perasan.. apa laa aku ni.... hehee...

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan: