FACEBOOK BERWAJAH BARU...
APA YANG SUDAH
TERJADI DENGAN
FACEBOOK..!!!
Memang banyak benda baru yang dah ada kat facebook aku rasa kalian pun ada Facebook kan..? jadi pergilah check sendiri.. hehehe...
Baca Artikel ini mengenai perubahan dalam facebook....
Pengguna tidak berpuas hati dengan Facebook
SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) -Para pengguna Facebook kelmarin memberi reaksi tidak puas hati tentang beberapa pembaharuan yang dilaksanakan di laman rangkaian sosial tersebut. Di Facebook, orang ramai meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan mewujudkan laman bertajuk 'Petisyen untuk menentang tapak web baru Facebook' manakala laman serupa, #NewFacebook turut diwujudkan di Twitter.
Sebahagian mereka mengadu bahawa perubahan terbaharu Facebook dibuat untuk meniru pesaingnya, Google+ dan perkhidmatan mesej perkongsian berita di Twitter. "Ramai yang berasa tidak berpuas hati tetapi tiada seorang pun yang akan berpindah (menggunakan laman jaringan sosial lain)," katanya. Para pengguna Facebook sebelum ini banyak membuat aduan tentang perubahan dalam laman sosial berkenaan tetapi mereka kemudian berusaha untuk menyesuaikan diri dan masih menjadi pengguna setia laman web itu.
Komen negatif itu disuarakan sehari selepas Facebook mula melaksanakan beberapa siri penambahbaikan dalam apa yang dinamakan oleh pengasasnya Mark Zuckerberg sebagai 'musim pelancaran' untuk ciri-ciri terbaru. Ciri News Feed di Facebook yang memaparkan kemas kini daripada rakan-rakan kini memberi fokus kepada penghantaran penting dengan paparan imej yang lebih besar berbanding sebelumnya manakala kolum sembang Ticker pula ditambah untuk perbualan dalam masa sebenar.
Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Facebook banyak memberi tumpuan untuk mencipta kaedah-kaedah baharu supaya para pengguna dapat mengawal aspek penerimaan dan perkongsian maklumat dengan lebih baik. Facebook pada minggu lalu membenarkan pengguna mengikuti perkembangan orang asing yang bukan rakan mereka melalui penambahan butang Subscribe seperti yang terdapat di Twitter. Selain itu, Facebook juga membenarkan penggunanya membuat pilihan tentang jenis kemas kini daripada rakan-rakan yang dibenarkan dipaparkan di laman Facebook mereka. Panel sembang Ticker di kolum kanan skrin Facebook pula membolehkan orang ramai bersembang melalui mesej teks jika terdapat paparan imej baharu atau penghantaran lain.
Facebook dijangkakan membuat lebih banyak pengumuman mengenai pembaharuan laman web itu pada persidangan tahunan pembina rangkaian laman sosial di sini hujung minggu ini. Antara spekulasi yang tersebar termasuk pelancaran platform untuk perkhidmatan muzik dalam talian seperti Rdio dan Spotify selain paparan berita daripada agensi-agensi profesional. Persidangan itu diadakan beberapa hari selepas enjin carian Internet Google melancarkan Google+ sebagai saingan terbaru Facebook. -AFP
sumber: gnesop
JADI APA PANDANGAN KORANG??? aku ok jer.. lagi aku suka kalau gambar-gambar dibesarkan tak payah aku nak tekan gambar tu.. nak tunggu loading pun satu hal juga... tapi ramai juga yang tak berpuas hati... tapi biasalah...
Manusia apa bila menerima sesuatu pembaharuan akan mulalah melenting dan tak suka.. tapi bila lama-lama ok plak.. macam kata pepatah....
~Alah bisa tegal biasa~
apa yang tak best pasal fb punya layout baru ini ialah terlampau penuh, pening kepala tengok.
BalasPadamJadi, gunalah twitter! Fb bosaaaan. Hahaha.
BalasPadammungkin tak biasa lagi crowded2 ni kot niesh.. nnt lama2 dah biasa ok laa.... hehehe
BalasPadamAzira pengguna twitter mcm ko sje yg membosankan.. nak shared gmbr pon tak leh... hehehe.... by the way gmbr twitter ko still cute.. meow!!! wahahaha...
BalasPadam