TAK SENGAJA ATAU JAHATNYA..??

1:40 PG 6 Comments


Baik minggu ni sangat kusut.. macam-macam kena buat.. biasalah awal semester.. yang tak boleh blaaa yer lecture dan siap bagi assignment banyak-banyak... fuhh..(pengsan).. macam-macam perkara kena buat, dengan urusan kolej, urusan assignment, barang tertinggallah, bukulah, kerja-kerja fasilitator dan sebagainya...

Maka pada entri kali ini aku akan ceritakan mengenai 3 cerita yang berlaku pada minggu ini... jadi korang nilailah sendiri sama ada aku ni TAK SENGAJA ataupun aku MEMANG JAHAT... huhu.. hayatilah kisah ku ini.....

KISAH PERTAMA....

Secara tiba-tiba aku telah dilantik oleh rakan-rakan sekelas untuk menjadi Kelas Rep.. sebenarnya aku tak nak sebab aku tahu aku ni memang sibukkan.. tapi bila fikir dah semua dok tolak menolak.. dan dengan niat nak membantu ahli kelas aku pun menerimalah tanggungjawab berkenaan sebab sebelum ni pun aku pernah jadi Kelas Rep.. so aku rasa tak der beza laa.....

Nak dipendekkan cerita Minggu lepas ialah minggu yang memang nak bunuh diri... dengan jadual kelas yang kelam-kabut.. masalah kokurikulum, masalah minor dan sebagainya membuatkan aku banyak benda dan urusan perlu difikirkan... Dalam masa yang sama Lecture Sociology aku telah pesan kepada kami untuk dapatkan buku teks dia dalam minggu depan juga..(baiklaaaa...kena ikut arahan.. hehehe)

Pada permulaannya pada hari Selasa macam tu.. Lecture suruh tengok dekat menara ada tak buku teks dia.. tapi tak der.. jadi dia suruh hold on dulu.. jangan beli sebab dia nak cuba deal dengan supplier.. maka masa tu semua ahli kelas ada jadi aku bagilah tahu semua orang.. besok harinya dalam hari rabu pula Lecture suruh tengok buku teks kat ABBA(kedai buku kat seksyen 7) aku pergilah tengok.. memang ada.. lalu petang dalam pukul 6 sebelum aku masuk kelas tu juga dia pergi beli..(dia sungguh bersemangat..)

Dia ada bagi tahu aku suruh bagi tahu semua ahli kelas supaya beli buku tu kat ABBA cepat kalau tak nanti habis.. aku pun menerima arahan dengan baik... selepas tu aku terus masuk minor..

MALANGYER...!!

Semasa kelas minor aku kena halau sebab lecture subjek tu kata aku tak register kelas dia.. what the ker..!! lepas tu aku pun check dengan pejabat.. memang kelam-kabut time tu.. oh tidak..!! AKU SEDIH GILA..!!!! sebab tak dapat ambil minor yang aku rancang sebab kelas bertembung laaa.. TAMBAHAN LAGI.,.. yang lebih malang ialah aku tak dapat ambil kokurikulum MUSIC COMMERCIAL yang memang aku idam-idamkan dari PART 1 lagi.. oh sedihnya hanya Allah jer yang faham... 

Mungkin dalam kekusutan itulah aku terlupa mengenai mesej lecture aku tu... OH TIDAK..!!! Keesookan harinya kelas hari Khamis hanya 3 orang sahaja datang kelas sebab rakan kelas yang lain semua dah balik kampung sebab cuti Hari Malaysia la katakan.. tapi cuti hari Jumaat.. Khamis semua orang dah tak der.. hayoo... biasalah... jadi aku hanya menyampaikan mesej tu kepada 3 rakan aku dan bila habis kelas aku terlupa lagi sebab kelam-kabut nak balik rumah pula.. TAMBAHAN LAGI.. masa tu ada bola Olimpik Malaysia lawan Olimpik Oman kat UiTM.. hehehe(teruk laa aku ni..)

Sampai kat rumah otak terus kat rumah laa.. dengan kenduri sana kenduri sini, open house sana open house sini.. hari Ahad baru aku balik UiTM.. Kelas Sociology hari Isnin.. Oh tidak..!! aku bagi tahulah kawan-kawan aku malam Ahad tu yang lecture suruh beli buku... tapi dah malam kot.. mana sempat...

jadi aku cadangkan mereka pinjam buku orang yang dah beli.. macam aku buat.. tapi bukan semua orang yang dah beli.. oh habis laa..!!

KEESOKKAN HARINYA.. LECTURE MENGAMUK GILER-GILER..!!! SEMUA ORANG YANG TAK ADA BUKU KENA MARAH.. oh seriously aku rasa bersalah sangat... maafkan aku.....

Jadi korang rasa.. aku...


KISAH KEDUA

Seperti yang korang tahu aku gagal untuk memasuki kokurikulum Music Commercial.. Jadi nak tak nak aku terpaksa ambil kokurikulum lain... walaupun aku nak register awal apa yang aku nak tapi disebabkan aku tak perasan yang program tu dah updated kena pilih kelas menyebabkan aku tak dapat masuk kelas tu sebab dah penuh....

Jadi dengan terpaksanya aku pun masuk SILAT CEKAK MALAYSIA... rasa macam kelakar pula aku ambil silat..hehehe.. tapi baguslah dah lama aku nak belajar seni pertahankan diri.. jadi bila lagi.. hehee... nasib baik ada geng yang masuk gak silat.. jadi taklah aku rasa janggal sangat.. hehe...

Jadi perjumpaan kokkurikulum silat ialah Malam Rabu iaitu semalam malam laa.. hehehe.. tetapi Clash pula dengan PERJUMPAAN PENGETUA KOLEJ TERATAI... oh perjumpaan ini sangat penting kalau tak pergi aku takkan ada peluang dapat kolej lagi.. jadi aku pergilah juga silat tapi aku plan nak minta izin pergi perjumpaan pengetua dipertengahan kelas.. yelah kelas pertama bukan belajar sangat pun memperkenalkan diri jer... hehehe

Maka mulalah pengajar tu memberi taklimat ringkas mengenai silat dia  kata kita kana bayar RM100.. oh mahalnya.. tapi aku rasa berpatutan kot sebab ialah nak ijazah lagi, program lagi.. ok laaa..... 

TIBA-TIBA...

Dia buat statement... "SEKARANG NI SAYA AKAN CERITAKAN SIKIT MENGENAI SEJARAH SILAT CEKAKLAH.. MUNGKIN AGAK BOSAN SIKIT.. JADI KALAU BOSAN ANGKATLAH TANGAN..."

Sebaik sahaja aku dengar dia nak bercerita mengenai sejarah aku terus angkat tangan.. wahahaha..!!! dia pun tegur.. "KENAPA ANGKAT TANGAN.. BOSAN KER??"

Sebenarnya aku nak minta izin pergi perjumpaan pengetua tu.. tapi mungkin masa aku angkat tangan tu tak sesuai.. hehehe.. kesian dia.. jadi aku cakaplah yang aku nak pergi perjumpaan pengetua.. maka dia pun izinkan.. hehehe....

JADI KORANG RASA.. AKU....



KISAH KETIGA

Kisah ni baru jer terjadi beberapa jam yang lalu... hehehe.... Semalam ketika perjumpaan pengetua kawan aku bagi tahu yang dia ada masuk satu kelab persembahan... yang akan ajar cara menyanyi, main alat musik, persembahan dan sebagainya.. Oh menarik..!!!!

Jadi aku pun kata aku nak sertai kelab tu... sebab kelab tu macam Music Commercial yang aku nak sangat tu.. hehe.. jadi tengah hari tadi aku dan kawan aku ni pun pergilah ke perjumpaan Kelab tu... masa meeting tu aku dah dapat bayangkan Kelab ni mesti ala-ala GLEE... wahahaha... ni yang best ni.. hehehee.... (GLEE IS FOR LOSER LIKE ME.. hehehe...)

Selepas perjumpaan kelab tu yang dibuat kat bilik yang ada pendingin hawa menyebabkan aku nak TERKUCIL..!! Aduh.. tak tahan sangat.. aku pun cari laa mana tandas terdekat ni... 

TIBA-TIBA...

Aku nampak tandas KAKITANGAN WANITA...!! aku pun tanpa berfikir panjang pun kata.. "Ala masuk jer laa dah tak tahan ni.."

Sebaik sahaja aku masuk ada seorang perempuan tak bertudung tengah tengok cermin.... dia pun jerit... 

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA...!!!!!

Disebabkan aku terlalu malu dan takut aku terus mengambil langkah seribu lari sepenuh hati ke kawasan yang bertentangan dengan tandas tu... sebaik sahaja aku lari aku terus nampak pula TANDAS KAKITANGAN LELAKI... maka dengan muka selamba aku masuk tandas tu dan buang apa yang patut... wahahahah...!!!

secara tidak langsung jeritan perempuan tu memberi aku arah tandas lelaki yang sebenar.. hehehe....

JADI KORANG RASA... AKU....


HEHE... itulah sedikit kisah mengenai minggu ini.. susah betul nak cari masa updated blog bila dah belajar ni.. so see u soon....!!!

p/s: aku minta maaf kat semua ahli kelas.. sesungguhnya aku memang tak sempurna nak jadi Seorang Kelas Rep seperti yang anda harapkan.. sebab kita semua manusia biasa yang tak lepas dari kesalahan.. INGAT SEMUA ORANG AKAN BUAT SESUATU YANG TAK SENGAJA... kalau SENGAJA TU.. minta maaf yek...!!!

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. HAHA ! Minggu-minggu awal semester memang kadang-kadang boleh kasi kita gila! Daebak ! Sabar je Fariz ! ^^

    BalasPadam
  2. fariz2... agakla masuk ladies, ahahaha

    BalasPadam
  3. hahahahahhaa.dia jerit sebab kau perempuan berpakaian wanita la pares!..:P

    BalasPadam
  4. isfay: ko tak merasa.. tunggu laa.. hehehe

    BalasPadam
  5. Apa yang ko mengarut wahat Hazique Mirzatol samdol.. hehehehe...

    BalasPadam