Filem Bukit Kepong ialah FAKTA.
Baru-baru ni aku menonton filem Bukit Kepong kat TV2.. memang tragis cerita tu dan sangat memberi kesedaran kita untuk menentang komunis yang pada zaman itu bertindak kejam untuk menakluk Tanah Melayu.. tetapi ada beberapa belah pihak yang masih mempertikaikan dengan menyatakan filem Bukit Kepong itu tidak berdasarkan landasan Sejarah yang betul....
BETUL KER????
Aku ada post perkara ini di facebook... ini dia...
(aku dapat idea bila post ni... jadi aku tak berniat nak hentam siapa2 taw.. cuma dapat idea...)
aku tak bermaksudkan yang kawan aku ni menyatakan yang filem bukit kepong sejarahnya tidak benar.. cuma aku takut ada beberapa belah pihak masih belum mengakui kesahihan dalam filem bukit kepong ini hingga ada yang mempertikaikan kita perlu melihat sejarah yang benar...tapi.. jujurnya entri aku kali ini bukan nak menghentam siapa-siapa cuma aku nak berkongsi untuk panduan kita bersama......
Jadi bagi mendapatkan kesahihan yang tepat kita kena tanya sendirilah dengan orang yang membuat filem ini... jom lihat keratan akhbar ini...
KUALA LUMPUR: Pengarah filem Bukit Kepong, Tan Sri Dr Jins Shamsuddin menjelaskan penghasilan filem tersebut dilakukan berdasarkan fakta sejarah selepas pihaknya melakukan perbincangan terperinci dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Jins berkata, filem yang menjalani penggambaran pada tahun 1981 itu turut mendapat kerjasama daripada penduduk kampung Bukit Kepong selain temu bual dengan pengganas komunis yang menyerah diri selepas insiden berkenaan.
“Saya membuat skrip filem itu selepas memperoleh input daripada pihak PDRM yang diketuai oleh Ketua Polis Negara pada ketika itu (Tun) Hanif Omar.
"Selain maklumat yang diberikan oleh PDRM, saya turut membuat kajian dengan bertemu penduduk kampung Bukit Kepong termasuklah bekas anggota PKM (Parti Komunis Malaya) bagi mendapat gambaran sebenar mengenai tragedi berkenaan.
“Apa yang disiarkan dalam filem itu adalah fakta dan gambaran sebenar yang diperoleh daripada PDRM serta berdasarkan kepada temu bual saya dengan pihak yang terlibat,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita apabila diminta mengulas mengenai penghasilan filem Bukit Kepong di pejabatnya, di Studio Panca Delima, Jalan Hulu Klang di sini, Isnin.
Kisah Bukit Kepong menjadi hangat apabila Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu mendakwa Mohamad Indera yang terlibat dalam tragedi berdarah tersebut adalah hero sebenar.
Kata Jins, dalam filem berkenaan watak Mohamad Indera ditonjolkan sebagai pihak yang mengetuai serangan ke atas anggota polis Bukit Kepong sehingga menyebabkan berlakunya pertumpahan darah.
Ujarnya, sebelum pembikinan filem itu, keluarga Mohamad Indera ada berjumpanya dan meminta supaya tidak terlalu menonjolkan kejahatan anggota PKM itu menyebabkan beliau terpaksa akur.
“Saya akui semasa penggambaran filem itu hendak dilakukan, keluarga Mohamad Indera ada berjumpa saya secara peribadi dan meluahkan hasrat supaya kejahatan lelaki berkenaan tidak ditonjolkan,” katanya.
Jelasnya lagi, penghasilan filem berkenaan adalah berdasarkan kepada fakta sejarah yang diperoleh selain nasihat PDRM dan bukannya direka sendiri oleh pihaknya untuk tujuan komersial bagi menarik perhatian orang ramai.
Tambahnya lagi, kebenaran filem itu diakui oleh pihak kerajaan dan ahli keluarga anggota-anggota polis Bukit Kepong sendiri sehingga filem berkenaan memperoleh lapan anugerah termasuklah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke tiga (FFM-3) pada tahun 1982.
Katanya lagi, semua pihak tidak wajar mempertikaikan filem tersebut kerana penggambarannya dilakukan selepas pihak PDRM berpuas hati dengan skrip yang dilakukan.
“Tun Hanif turut memberikan saya seorang setiausaha daripada anggota polis sendiri bagi membantu saya menjalankan penyelidikan sehinggalah skrip dan penggambarannya siap dilakukan selepas semua pihak berpuas hati dengan fakta-fakta dalam filem itu,” katanya.
Kos pembikinan filem tersebut menelan belanja RM1.3 juta dan memperoleh kutipan RM1.7 juta selepas tayangan.
Selain Jins yang memegang watak Ketua Polis Balai bernama Sarjan Jamil, ia turut dilakonkan oleh Hussein Abu Hassan, Yusof Haslam, A.Rahim serta Suhaina Yahya.
sumber: mstar.com.my
Maka aku harap tiadalah lagi pertikaian mengenai fakta sejarah di dalam filem Bukit Kepong sebab memang jelas dan nyata pada zaman dahulu Komunis bertindak kejam kepada penduduk di tanah melayu tak kira Melayu, Cina mahupun India.. justeru kenapa kita perlu mempertikaikan sejarah???
Cuba kita tanya kepada pejuang-pejuang zaman darurat komunis dahulu betapa penat dan peritnya mereka berjuang untuk menegakkan keadilan dan memerdekakan negara dari ancaman luar... sedih bila aku mengenang kembali saat itu.. tetapi kita genarasi muda kini yang buta dengan sejarah terlalu mudah mengatakan perkara berkenaan salah... dan dengan sesuka hatinya ingin menukar sejarah mereka sendiri....
INGATLAH JANGAN HANYA KERANA POLITIK MARUAH BANGSA, SEJARAH NEGARA TERJUAL....
Aku ingat lagi ada orang mempertikaikan.. kenapa sejarah kita ni macam bias sebab bercerita mengenai satu belah pihak sahaja iaitu UMNO atau pun dengan jelas Barisan Nasional ataupun kerajaan sekarang.. persoalan aku kepada dia jelas.. pada zaman dahulu dah wujud ker DAP atau PKR?? PAS memang ada tetapi jumlahnya masih sedikit....
Pertikaian seperti ini seakan-akan ingin menidakkan perkara yang nyata... aku sangat risau dengan kawan-kawan yang mula termain dengan mainan politik dalam memutar belitkan sejarah... kenapa perlu kita mengadaikan sejarah kita hanya untuk politik????
Jawapan aku kenapa hanya satu sahaja parti yang mendapat populariti pada zaman dahulu ialah kerana pada zaman itu...
MELAYU KITA BERSATU, MELAYU KITA BERKERJASAMA, MENEGAKKAN KEBENARAN UNTUK MEMERINTAH NEGARA TERCINTA...!! MASA ITU MELAYU KITA KUAT...!! KITA SERING BERDAMPINGAN..!! BANGSA LAIN JUGA BERSATU DENGAN KITA..!! MEREKA HORMAT KITA SELAKU TUAN TANAH DAN KITA HORMAT MEREKA SELAKU KELUARGA..!! BRITISH TUNDUK DENGAN KEGAGAHAN KITA..!! DAN AKHIRNYA 31 OGOS TIBA KITA SAMA-SAMA MELAUNGKAN MERDEKA....!!!!!
itulah kenyataan tapi kini.... segalanya tinggal sejarah yang itu pun hendak dipertikaikan..~~
Bukan untuk mengadaikan sejarah yang sedia ada, tetapi membetulkan apa yang sedia ada. "Sejarah ditulis oleh pihak yang menang" -Winston Churchill-
BalasPadamAku lebih suka andai kau tukar ayat melayu kepada Islam.
BalasPadamKaji dulu sebelum berkata2.
Wallahualam
wahai anonymous yg saya sayangi... mempertikaikan kenyataan sejarah bukan membetulkan perkara yang sedia ada tetapi menambahkan lagi kerosakkan..
BalasPadampertikaian yang baik perlulah ada bukti yang kukuh dan pengantian yang benar bukan hanya menghentam membabi buta namun hasilnya memburukkan negara anda sendiri di mata dunia...
selama ini negara kita aman dan berjaya hasil usaha gigih perjuang negara pernah cik anonymous sedar?? kenapa kita nak memuja anasir2 jahat pada zaman dahulu yg berlumba-lumba untuk merebut negara kita yang tercinta ini...
walhal bukti sudah jelas yang perjuangan kita selama ini berada dilandasan yang benar.. kalau tidak macam mana negara kita ini mampu menjadi negara membangun, negara islam terbaik, ekonomi stabil..
belajar2 laa bersyukur.. cuba buka mata anda ke negara luar nak makan pun tak boleh...
sejarah memang di tulis oleh pemenang kerana hanya yang BENAR akan memenangi... sekian~~
BalasPadam100% agree!
BalasPadamnora bella.. saya langsung tidak mengenepikan Islam.. Islam sentiasa di hati dan akan sentiasa ada sehingga abadi..
BalasPadamcuma ini memgenai perjuangan bangsa.. tak salah untuk memperjuangkan bangsa demi kebaikan bersama tapi salah jika kita meninggalkan sesuatu bangsa terus tertidas secara sengaja ataupun tidak sengaja....
bila berbicara mengenai perjuangan bangsa kita tidak mengenepikan Islam.. malah kita mengangkat Islam sebagai yang utama di dalam perjuang.. sebab itu kita meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam Artikel 3 perlembangaan...
Firman Allah Taala dalam Al Hujurat : Ayat 13
"Wahai manusia , sesungguhnya kami telah mencipta kamu yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dan kami menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan berpuak – puak supaya kami saling mengenal antara satu sama lain .
malah Rasulullah bersabda: Sesungguhnya Allah telah memilih Kinanah dikalangan keturunan Ismail . Dia memilih Quraisy dari kalangan Kinanah , Dia memilih Bani Hashim dari kalangan Quraisy dan Dia memilihku dari kalangan Bani Hashim .
jelas disini Allah Taala menwujudkan kita pelbagai jenis untuk kita saling mengenali dan membantu antara satu sama yang lain... bukannya menghapuskan semua kaum dan hanya berpegang kepada nama Islam... kerana Islam itu fleksibel atau pun syumul.. ia boleh diamalkan oleh mana2 bangsa...
BalasPadamtambahan lagi Rasulullah juga bangga dengan bangsanya sendiri.. tetapi kita???
itulah masalah bangsa kita sekarang..~~
sorry..dat umno pre indpndent n umno skrg adalah different umno..
BalasPadamxsmestinya sjrh yg ditulis pihak yg mng adalh bnar..if dat so..sjrh yg ditulis british lbh bnar dr ditulis org melayu
bdw,slogn first umno is hidup melayu..not merdeka..golongan berhaluan kri like dr burhanuddin helmi yg mula2 melaungkn kmerdekaan..u can search it in terengganu sejarah nyer website..
umno lbh dipaparkn as they r da winner but jgn tolak tepi sgt org2 yg berjasa..
y x sehaluan dgn umno..
but ur opinion is highly respectable..niice work dude
Setuju pertikaian yang baik perlu datangnya dengan bukti. Sebab itulah keluarga Mat Indera tampil untuk membuat penjelasan. Negara kita ekonominya baik, tetapi rakyat masih tertindas dengan penarikan pelbagai subsidi, cukai-cukai dinaikkan(terbaru cukai untuk kad prabayar) walaupun ditunda kenaikannya ia akan tetap naik dan kenaikan kadar inflasi yang semakin parah.. Bukan saya tidak bersyukur dengan keadaan negara kita, tapi jika dibandingkan negara kita dengan somalia atau mongolia, sememangnya kita lebih baik. Cuba bandingkan negara kita dengan Jepun dan Korea Selatan, dimana kita. Sebab ini akan membuatkan kita untuk bergerak kearah negara yang lebih mantap membangun..
BalasPadamTo Fariz - sekarang beritahu aku di mana letakkan ISLAM dalam rakyat MALAYSIA apabila ketua negara sendiri tidak menunjukkan contoh ISLAM yang sebenar?
BalasPadamAku bangga menjadi rakyat malaysia,siapa kata aku xbangga.
Setuju dengan Anonymous 1 & 2 - Sila paparkan sejarah yang benar.
Dan dilihat sekarang ahli2 UMNO sendiri y memutar belitkan sejarah.
Sebaiknya kita serahkan kepada yang ahlinya. Usah bercakap tanpa usul periksa dan kajian y mendalam.Takut2 nanti setiap huruf2 dikeyboard menjadi saksi kita menfitnah/memburukkan orang di sana kelak.
Wallahu`alam
share some source-http://siasahkini.blogspot.com/2011/09/mahathir-baik-hang-diam.html?spref=fb
anonymous 1: baik saya akan cuba rujuk mengenai dr burhanuddin helmi yg setahu saya pda ketika itu ingin memperjuangkan penyatuan tanah melayu dan indonesia menjadi indonesia raya.. tapi masih belum menyeluruh.. tq for sharing the information and i also highly respect u opinion..
BalasPadamanonymous 2: Saya faham.. saya juga rakyat biasa yang juga akan terkena kesan mengenai subsidi.. tetapi fakta mengenai kenaikan subsidi ini telah lama dijelaskan di sini.. http://www.epu.gov.my/17072010_HM_program
BalasPadammengenai subsidi telco saya pon tak setuju.. cuma dalam Akta Cukai Perkhidmatan 1975 ada klausa aku tak ingat plak meletakkan yang telco atau sebarang syarikat yg menawarkan perkhidmatan mempunyai hak untuk mengena kan cukai kpd pelanggan atau tidak..
kita doakan lah sama2 perkara ini tidak akan terjadi.. sebab jujurnya saya sebagai pelajar yang banyak mengunakan telefon pon akan terkena kesannya.. Amin...
Bella- bila kita berbicara mengenai Iman seseorang hanya Allah sahaja yang mempunyai hak untuk menentukannya.. jadi saya tak boleh nak mempertikaikan kemana letaknya tahap iman pemimpin kita mahupun rakyat malaysia secara umumnya... namun selagi kita mengangkat Islam sebagai yang paling utama serta menjaga kesuciannya itu sudah menjadi landasan utama dalam mempertahankan Islam.. yang seterusnya melalui pengamalan serta Iman itu ialah kuasa Illahi bukan kita untuk menentukan siapa yang kuat iman dan siapa yang kurang iman ingat tu....
BalasPadamdan mengenai kecelaruan sejarah malaysia yang semakin memuncak ini.. saya setuju dengan cadangan ini... sila rujuk disini...
http://idhamlim.blogspot.com/2011/09/kerajaan-perlu-tubuh-panel-khas-kaji.html
semoga kita dapat membetulkan beberapa perkara yang salah tetapi janganlah kita menghukum semuanya salah sebab bagi aku apa yang aku post kat entri ni ialah mengenai komunis yang dah jelas dan nyata bertindak kejam kepada kita.. jadi jgn laa kita mengangkat mereka pula sebab ia seakan-akan kita tidak berperasaan kepada atuk dan nenek kita yang bertumbah darah untuk menghalang mereka dari merosakkan kita yang sehingga kini hidup aman dan damai...
salam muhibbah untuk semua..
aku anoy 1.. buka tukartiub.blogspot.com tu ade tulisan pasal golongan berhaluan kiri, yeah hishammudin rais is a pembangkang, but still u must read his words..articles..
BalasPadambut.. about bukit kepong.. it's still 1950, 7 years b4 merdeka.. tnah melayu still under british.. pekerja pom british la kn.. dats the most complicated part..
british jajah melayu, yg tu nk merdeka..yg tu kje nga british.. so which one is pejuang or both pejuang..
jujurnya anoy1 saya ni bukanlah bagus sgt untuk menjawav soalan awak.. coz sye ni pon student masscomm jer bkn pakar sejarah... jadi dr segi sejarah negara kita dijajah atau tidak itu saya tak boleh nak jawab.. minta maaf sgt2...
BalasPadamHowever, mengenai blog tukattuib tu sye dah pernah baca... jujur memang saya baca dua2 side coz sbb itu saya berani bersuara benda yg sara dah pasti betul jer.. kalau msh ragu2 saya rasa baik diam2 jer dulu.. takut salah ckp lagi bahaya.. jadi pandangan saya tentang blog ni dia lebih kepada satu pendedahan yang menghentam bukan membina.. maksud saya.. byk tuduhannya berupa atas angin.. cuma andaian yang boleh jadi betul boleh jadi tak betul.. dengan cara penulisan yang maki hamun.. lagi laa meragui kesasihannya.. dalam Islam telah menyatakan tanda2 org munafik ialah apabila berbicara dia seakan-akan ingin menang sahaja.. atau ayat lain pun boleh juga memaki hamun menghina dan mencaci untuk menampakkan betapa teruknya org tu dan dia sahaja betul..
sebab itu penulisan mcm ni saya rasa ragu2.. saya tak kata blog pembangkang semua mcm tu.. tapi kebanyakkannya.. blog kerajaan pon sme ada jer maki hamun.. dan ada jer blog kerajaan yang baik dan ada juga blog pembangkang yang baik dan membina.. sebab itulah kita kena pandai pilih sources yang kita baca... melihat kpd cara penulisan dan membuktian melalui fakta.. bukan auta....
ini hanyalah pandangan saya.. kalau anda tak setuju tak per.. terserah kepada penilaian masing2...
BalasPadamseterusnya mengenai pandangan saya kepada isu bukit kepong ni.. saya raya perjuagan para polis itu ialah benar dan bukannya kerana mereka ingin melindungi british, di bawah kuasa british atau sebagainya....
baik saya setuju yang masa itu kita dibawah jajahan British.. tapi yang pentingnya niat perjuangan polis pada ketika itu ialah melindungi negara tercinta kita ini drpd dijajah oleh parti komunis yang secara jelasnya bertentangan dengan Islam dan bertindak kejam kepada masyrakat kita tak kira bangsa apa sekali pun...
jadi apabila kita mempertikaikan yang polis itu berjuang mati-matian sehingga mayat mereka dibakar oleh komunis dengan kejam sebagai hanya berkerja sebagai polis atau kuli british dan anda nak kata komunis pula perjuang yang sebenar.. saya kira itu satu penghinaan yang sgt ketara... secara jelasnya takkan laa kalau anda berkerja dan berjuang kepada British anda sanggup berkorban mati-matian sehingga anak bini anda juga memegang senjata melawan askar yang ramai... logik laaaa.. semangat berkenaan akan lahir apabila kita memperjuangkan sesuatu yang sangat berharga seperti negara tercinta ini...
jadi tak kira kita bawah british atau tidak pada ketika itu semangat perjuangan para polis di bukit kepong tetap ingin memperjuangan negara daripada ancaman komunis.. kalau komunis menjajah kita jangan mimpilah kita nak beragama islam kini... kita patut bersyukur dan menghargai mereka sebab perjuangan itu tetap untuk anak bangsa, agama dan negara tercinta...
pihak komunis sendiri mengakui yang tentangan paling hebat ialah ketika di bukit kepong yang ketika itu hanya melawan polis2 melayu.. sedangkan kawasan lain yang dibina benteng dan kubu yang kuat serta askar british yang ramai dari india dan sebagainya pun tak mampu menandingi kekuatan para polis di bukit kepong...
BalasPadamapa lagi bukti yang kita mahu pertikaikan.. saya rasa kita memang wajarlah menghargai pihak polis.. sebab kalau anda berada di posisi mereka.. anda akan faham betapa sedihnya apabila perjuangan murni anda dipertikaikan...
saya tak paksa anda menerima pandangan saya.. cuma ini yang saya rasa betul di benak saya.. kalau anda tak terima tak per... terserah kepada penilaian masing2.. sebab manusia ni memang dilahirkan pelbagai jenis supaya kita saling mengenali dan bertoleransi...
salam muhibbah dan minta maaf kalau ada terkasar bahasa....
pihak polis mmg amat dihargai.. dat part i was concernd about which one is pejuang.. yeah..communism adlah xknal agama n race..serbu saja..
BalasPadami respect your opinions really.. but macam saya cakap.. komunis mahukan tanah melayu free..as at dat mommnt british in control.. and not all komunis is real komunis sme ppl like u knw as kita blaja sejarah melayu islam..mereka mengambil kesemptn atas kekuatan komunis pada masa tersebut untuk memerangi british..
the real story about B.Kepong still byk untuk digali..i dont see what has been the story as the real one.. as what've we learnt in the past.. media has been used as a propaganda n site to make ppl believe what's didnt true..tmbahan pula, d.j.shamsuddin ada rekod buruk about filem p.salak..
di mane2 tmpt pom akn da yg berjuang dan menentang bermatian2 samada mmperthankn negara,keluarga.. what i've seen here, both parties really loves their country but satu perjuangan dihargai,lebih berjaya dan lebih berdemokrasi manakala satu lagi vise versa..
about kemerdekaan..i hope u will search 4 a video yang guru2 sejarah pom xtaw ianya wujud.. 10 TAHUN SEBELUM MERDEKA..watched it.
soory jika bahasa agk kasar..
tak per... bagi saya tak laa kasat sgt.. hehe.. ok i'll take noted about that.. tq for sharing...
BalasPadam