TUDUNG ISLAM MENYERUPAI BIRAWATI KRISTIAN..!!
TERKEJUT BERUK AKU APABILA MENJUMPAI GAMBAR INI.... oh betul ker ni..!!!!
Hadis nabi, “Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka“.. – Riwayat Abu Daud.
Ayuh kita meneliti dengan lebih mendalam maksud hadis ini.. supaya ia menjadi rujukan bersama....
Hadis yang melarang meniru kaum bukan Islam.
Hadis nabi saw :
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka. – riwayat Abu Daud.
Perkataan تشبه di dalam hadis ini bermaksud meniru, iaitu berusaha untuk menyerupai sesuatu kaum dengan usaha dan sengaja. Berbeza dengan perkataan شبه yang bermaksud menyerupai sesuatu sama ada secara sengaja dan usaha atau tidak sengaja dan tanpa usaha.
Hadis di atas adalah hadis yang sahih melalui riwayat Abu Daud. Di sana terdapat pelbagai riwayat dengan pelbagai lafaz yang memberikan maksud yang sama seperti riwayat Tarmizi yang berbunyi:
لَيْسَ مِنَّا مَنْ تَشَبَّهَ بِغَيْرِنَا
Tetapi riwayat-riwayat yang lain dipertikaikan kesahihannya melainkan riwayat Abu Daud sebelumnya.
Hadis ini sebenarnya mempunyai makna yang umum, iaitu barangsiapa yang meniru kaum yang baik, maka baiklah dia dan barangsiapa yang meniru kaum yang tidak baik dan kufur, maka ia juga sebahagian daripada mereka.Pengajaran hadis:
Penyerupaan kaum yang bukan islam bukanlah diharamkan secara mutlak. Kategorinya adalah seperti berikut:
1. Jika penyerupaan itu mempunyai unsur ibadat yang bukan islam, maka ia adalah haram tanpa khilaf dan takwil. Jelasnya pengharaman memasang lilin bagi tujuan pemujaan adalah haram bagi umat islam berdasarkan hadis di atas dan dalil-dalil yang lain.
2. Jika penyerupaan itu tidak mempunyai unsur ibadat, ianya adalah budaya dan adat bukan islam yang bersusur galur daripada kepercayaan tertentu yang mempunyai hubungan kait dengan syirik, perbuatan tersebut tidak mempunyai manfaat yang realiti bagi pelakunya, atau alat tersebut digunakan bukan bagi tujuan asal pembuatannya, maka hukumnya juga adalah haram kerana termasuk di dalam kategori berusaha dengan sengaja menyerupai kaum tersebut. Jelasnya, kategori kedua dan ketiga iaitu menyalakan lilin bagi tujuan berkabung dan kepercayaan kepada kuasa juga adalah haram. Ini kerana, perbuatan ini adalah perbuatan dan amalan bukan islam, ia bersusur galur daripada kepercayaan agama, nyalaan lilin di dalam kategori kedua dan ketiga di atas bukan digunakan bagi tujuan asal iaitu menerangi ketika gelap.
3. Jika penyerupaan itu tidak mempunyai unsur ibadat tetapi ianya mempunyai manfaat yang realiti bagi penggunanya, maka ia diharuskan. Contohnya penggunaan kereta yang asalnya daripada bukan islam.
Ringkasnya, hadis di atas asalnya merupakan larangan meniru cara golongan yang bukan islam secara umum dan mutlak, sama ada meniru perbuatan ibadat mereka, adat dan budaya mereka yang bermanfaat atau tidak bermanfaat bagi umat islam yang menirunya.
Tetapi meniru cara dan perkara yang bermanfaat daripada golongan bukan islam diharuskan berpandukan kepada cara penggalian parit yang ditiru oleh Nabi Saw daripada kaum Parsi kerana penggalian parit itu bermanfaat bagi umat islam guna sebagai strategi mempertahankan Madinah.
AYUH KITA LIHAT PULA BAGAIMANA SEJARAH PEMAKIAN TUDUNG INI BERMULA...
Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung.
Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa....
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (An-Nur:31).
Jadi para
gadis….
TEPUK DADA, TANYA IMAN
nak share kat fb ye
BalasPadamok... sgt digalakkan.. hehe..
BalasPadamthanks for sharing..info yang sangat berguna
BalasPadam