Jurukemara Malaysia maut di tembak.

12:35 PTG 0 Comments

Sedang aku check blog sebelum tidur tiba-tiba aku mendapat tahu sebuah berita yang amat mengejutkan.. tak sampai beberapa jam yang lalu aku baru tengok Berita Utama TV3 yang menyatakan pasukan media Malaysia yang membuat liputan di Somalia bersama dengan Misi bantuan kemanusian diiringi oleh pasukan tentera untuk tujuan keselamatan.. TIBA-TIBA... ada pula yang meninggal dunia ditembak hendap...


Ini berita lanjutannya....


KUALA LUMPUR — Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini.

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersil untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.
Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia, dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu),  katanya.
Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengenai Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap.
Sementara itu, jurukamera TV3, Ajis Siregar pula cedera di tangan dalam serangan yang sama.
Penulis blog Papagomo yang turut serta dalam misi tersebut melaporkan, tembakan tersebut dilepaskan oleh tentera African Union ketika mangsa berada di dalam kenderaan ketika hendak masuk ke perkarangan sebuah hotel.

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 Sept ini. 

sumber : mynewshub

Menurut perkembangan yang aku baca dari blog Papagomo rombongan mereka akan berlepas pulang semula dalam pukul 8.30 pagi ikut waktu di Somalia. Kata dia mereka mungkin akan tiba di Lapangan Terbang Tentera Udara dalam Ahad pagi....

Aku agak sempati dengan mangsa kerana sudahlah mengorbankan sambutan Aidil Fitri bersama keluarga tercinta untuk menyertai Misi Amal ini namun akhirnya beliau sendiri yang terkorban.. Aku yakin perjuangan suci beliau ini dianggap sebagai Mati Shahid.. tapi aku tak nak lah menentukannya biar Allah Taala sahajalah yang membalas segalanya kerana Alllah Maha Adil dan Maha Mengetahui...

Jesteru ayuh kita sama-sama membacakan Al-fatihah kepada Arwah Noramfaizul Mohd Nor..... semoga rohnya dicucuri rahmat....

p/s: sebagai bakal orang media.. aku terasa sangat dengan pengorbanan beliau dalam menjalankan kerja-kerja kewartawanan.. 


RELATED STORY: pengkebumian noramfaizul mohd nor.

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan: