Suatu hari di hari raya #2

11:11 PG 1 Comments

Hari raya kedua pula keluarga aku pagi-pagi dah kecoh.. yang paling kecoh sekali ialah ibu aku  memekik melolong kejutkan kami yang memang degil gila nak bangun tidur.. hehee....

Rupa-rupanya ibu aku telah mendapat telefon daripada Mak Lang.. dia nak kami sekeluarga datang ke rumah Open House anak dia.. dia kata semua saudara-mara wajib datang.. maka kami pun bersiap laa...

Bermulah rombongan kami menuju ke BANGI....

 Kereta Wira tu ialah kereta yang dipandu oleh abah aku...

Aku, Along dan Adik perempuan aku tiyah naik kereta kedua iaitu kancil yang dipandu oleh Along aku.. huhu~~ (aku nak drive tapi semua org tak kasi.. ibu aku boleh siap kata lagi.."kita nak pergi dengan selamat,".. jadi kalau aku bawa kereta tak selamat ker..???
SENTAP..!!! 
sebenarnya aku belum pakar lagi bawa kereta.. hehehe.....

Kakak dan adik perempuan aku.. wahh!! tiga2 cantik macam model.. hehe

Suka laa tu dapat duit raya.. hehe.. kakak aku yang dah keje pun masih dapat lagi.. hehee


comel tak anak saudara aku.. hehehe...

Selepas beraya di rumah kakak saudara aku.. Ibu dan Abah aku nak pergi singgah dulu rumah Mak Lang sebelum balik rumah.. aku pun cakap kat Along aku.. "Apa kata kali ini saya bawa.. dekat jer.." aku merayu kepada dia.. "baiklah..." dia kasi.. hehehe

Maka dengan semangatnya aku bawa kereta dari rumah kakak saudara aku ke rumah mak dia iaitu Mak Lang.. Sebaik sahaja kami berhenti di traffic light tiba-tiba....!!!

ADUH...!!!

Aku diserang sakit perut yang teramat sangat sakit (salah tatabahasa.. hehe) dan-dan time orang tengah fokus memandu ni laa rasa macam nak membuang.. adik aku plak kata.."bersiap sedia tutup hidung sebelum abang paiz keluarkan bau yang busuk.." hehe... fine sentap..!!!

Jadi sepanjang pemanduan aku sangat tak selesa dan bawa dengan laju sebab nak CARI TANDAS..!!!

Akhirnya sampai sahaja rumah Mak Lang aku terus berlari menuju ke tandas.. hehe... 

Sebaik sahaja keluar tandas.. semua saudara mara aku dah gelak-gelakkan aku.. malu jer.. huhu~~ yang penting Mak Su perli aku.. dia kata.. "lepas ni Fariz meesti tulis kat blog kan??" OMA!!! tahu-tahu jer... hehehe.. dah tulis pun.. hehehe...

Ibu aku pula tegur.. "Orang baru belaja mana boleh bawa laju-laju bahaya.." aku jawab.. "Dah tak tahan nak buat macam mana..??" hehe.... kesian aku~~

Dalam petang macam tu kami pun pulang ke rumah sebab kawan bapa aku plak datang.. hehe.. ramai betul orang datang rumah.. ske2..!!



p/s: lain kali BUANG AIR BESAR sebelum memandu.. hehehe...

BACALAH SEKALI...!!!

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan: