JANGAN HINA NEGARAKU..!!
Pada hari yang mulia ini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, kaum, agama, warna kulit, umur dan juga semua jantina (termasuk juga pondan dan tomboy yang ada kecelaruan identiti.. hehehe)
Demi hari yang bertuah ini ayuhlah kita sambutnya dengan penuh rasa cinta dan sayang yang tidak berbelah-bagi kepada Tanah Air kita Yang tercinta ini. Ketepikan segala ideologi politik, persengketaan atau pun sebarang perbalahan... Ayuhlah kita sambut hari ini sebagai seorang rakyat Malaysia yang sayang kepada negara.. muah2..!!(ciuman maut.. hehe)
Maka ayuh kita nyanyikan lagu ini dengan penuh bangga dan semangat.. ok sebelum tu semua orang diminta berdiri.. hehehe...(cepat bangun..)
Pada tahun lepas aku dah pernah cerita pasal Hari Malaysia (Klik sini kalau nak tahu ceritanya)
Tapi tahun ini pula aku nak cerita pula mengenai satu penemuan yang mengejutkan aku... aku sungguh kecewa.. bagaimana pula dengan anda?? sila baca keratan ini....
Tapi tahun ini pula aku nak cerita pula mengenai satu penemuan yang mengejutkan aku... aku sungguh kecewa.. bagaimana pula dengan anda?? sila baca keratan ini....
sumber:carigold
apa motif mamat ni...?????
Aku tak kisah kalau korang nak jadi pembangkang ker kerajaan ker.. nak benci kerajaan ker nak benci pembangkang ker.. TAPI TOLONGLAH JANGAN SESEKALI BENCIKAN NEGARAKU INI... negara ini tidak bersalah malah telah banyak memberi rahmat kepada kita.. kalau kau benci sangat tak payahlah duduk negara ni.. pergi hidup miskin makan taik kat Somalia... (hish.. geram aku.. sorry laa kalau ayat agak kurang ajar.. fuhh.. sabar2~~)
Untuk pengetahuan kalian perkara ini telah dibawa ke pihak yang berkuasa.. maka kau terimalah kesannya nanti...
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata, laporan itu telah dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak, semalam.
"Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar.
"Kita sedar perkara ini semalam dan terus buat laporan polis. Hari ini pendaftar UMT akan memberi keterangan lagi kepada polis berhubung perkara itu," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Simposium Tahunan UMT yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof. Turut hadir pada majlis itu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT Prof Dr Noor Azhar Mohamed Shazili.
sumber: mymetro
Jadi nasihat aku.. Sayangilah Negara Kita ini... TOLONGLAH JANGAN SESEKALI MENGHINANYA.. sebab realitinya kita yang memerlukan negara tercinta ini bukan negara ini yang memerlukan kita... bersyukurlah kita duduk di negara Malaysia yang indah permai dan aman ni.. walaupun ada sengketa dan juga perbalahan.. itulah asam garam kehidupan tapi janganlah sebabkan sengketa di antara kita maruah negara tergadai...
AKHIR KATA...
JANGAN DI TANYA APA NEGARA BUAT UNTUK ANDA, TAPI TANYALAH DIRI
SENDIRI APA YANG ANDA BUAT UNTUK NEGARA....
cerita lame la.. -.-
BalasPadamsaing2 namawee...
tapi die mmg bodoh...
kalau debat, fakta aku mesti die.. haha
adam danial goh
sula je budak ni..
BalasPadammemang taw dah lama dah adam.. sjer jer nak cari isu untuk renungan bersama.. hehe...
BalasPadamamboi FM ni suka sula-sula orang.. hehehe..
BalasPadam