CINTA SI BUTA.

3:24 PG 6 Comments



Di sini aku nak kongsi sebuah cerita yang bagi aku sangat menarik untuk kita sama-sama jadikan pedoman... hayatilah....

ALKISAHNYA.....

Dalam suasana hujan lebat dengan petir yang sabar menyambar, lahirlah seorang bayi lelaki di dalam sebuah rumah usang tanpa bantuan sesiapa. Si ibu yang tidak dapat lagi menahan kesakitan mula menhembuskan nafas terakhir.....

Nasib bayi berkenaan baik, apabila tangisannya didengari oleh beberapa penduduk kampung yang mula mengambil tindakan untuk menyelamatkan bayi berkenaan dan menguruskan mayat ibunya. Bayi berkenaan mula diserahkan kepada neneknya yang langsung tidak mengetahui yang anaknya telah mengandung dan melahirkan anak...

Rupa-rupanya bayi berkenaan ialah anak luar nikah yang tidak mempunyai bapa dan ibunya pula telah meninggal dunia.. Oleh sebab itu nenek bayi berkenaan membesarkan bayi berkenaan dengan perasaan yang sangat kecewa kepada anak perempuannya... segala kesalahan anak perempuannya yang telah meninggal dunia itu digalas oleh bayi lelaki berkenaan...

Bukan setakat itu sahaja penderitaan bayi berkenaan.. Bayi itu juga telah dilahirkan buta sejak kecil.. jadi dia tidak dapat mengerti betapa benci neneknya kepada dirinya.. sehinggalah pada satu hari ketika umur bayi itu sudah cecah 10 tahun neneknya merotan budak lelaki itu dengan teruk.. 

Oleh sebab sudah tidak dapat lagi menahan kesakitan budak lelaki yang buta itu telah lari tanpa hala tuju.. Tiba-tiba seorang kanak-kanak perempuan menjumpai budak lelaki yang buta itu tersungkur di tengah jalan.. Dengan hati yang tulus gadis kecil itu pun membantu budak buta itu dan membawanya ke rumah keluarganya...

Bermula daripada situ.. Budak lelaki buta berkenaan memulakan hidup baru bersama keluarga angkatnya... Dalam masa yang sama sejak kecil lagi telah berputiknya cinta di antara si gadis dan budak buta berkenaan.. mereka sentiasa bersama.. sehinggalah umur mereka telah mencecah 20 tahun....

Pada satu hari ketika mereka berdua-duaan di tepi sungai.. Si Jejaka buta berkata.. "SAYA AKAN MENGHAWINI AWAK DISAAT SAYA BOLEH MELIHAT," tergamam si gadis mendengar kenyataan berkenaan....

Pada keesokkan harinya si gadis menyuruh si jejaka buta pergi ke hospital kerana dia mendapat tahu di Hospital Besar seperti di bandar ada menyediakan rawatan untuk memulihkan mata lsi jejaka berkenaan... walaupun pada permulaaan si jejaka telah menolak tapi setelah dipujuk dia pun akur...

Semasa di hospital si jejaka sangat TERUJA apabila mendapat tahu yang ada orang ingin menderma mata kepadanya dan dia berkemungkinan besar untuk pulih... selepas selesai menjalankan rawatan akhirnya si jejaka sudah boleh melihat dunia....

Dia berasa sangat gembira.. kerana sejak kecil dia tidak pernah melihat dunia seindah ini.. yang paling penting semasa di hospital dia telah melihat banyak gadis-gadis yang cantik tak kira jururawat, doktor, pesakit mahupun pelawat.. Si jejaka mula menanam impian untuk melihat kekasihnya yang selama ini dia tidak pernah nampak cantik atau lebih cantik berbanding mereka...

Setelah benar-benar pulih si jejaka pun pulang ke rumah keluarga angkatnya itu untuk berjumpa dengan kekasihnya.. Betapa terkejutnya si jejaka apabila melihat kekasihnya ialah seorang gadis yang hodoh dan buta.. tak secantik dan sempurna seperti yang dia bayangkan...

Maka si jejaka mula terfikir.. "DENGAN KEADAAN AKU YANG SUDAH BOLEH MELIHAT DAN KACAK BEGINI SUDAH PASTI AKU BOLEH MENCARI GADIS YANG LEBIH CANTIK DARI DIA," jadi si jejaka pun putuskan untuk meninggalkan si gadis berkenaan...

Belum sempat si jejaka itu berlalu pergi si gadis memanggilnya.. seakan-akan si gadis tahu kehadirannya di depan rumahnya... "BANG SEKARANG ABANG DAH BOLEH MELIHAT.. JADI ABANG SUDI TAK BERKHAWIN DENGAN SAYA..?" tanya gadis berkenaan.. dengan hati yang berat si jejaka pun menjawab.. "MAAF SAYA TAK SANGGUP,,"

Luluh hati si gadis dengan jawapan si jejaka berkenaan.. dengan tabah si gadis pun membalas.. "TAK MENGAPALAH KALAU BEGITU... CUMA SATU SAHAJA PINTA SAYA.. ABANG JAGALAH MATA SAYA BAIK-BAIK..."


~Renung-renungkanlah~

kredit idea to zaharinharis

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. nie create sendiri ke cerita nie???... dulu pnh jgk bce crta nie...

    BalasPadam
  2. idea cite ni ambil kat kawan di facebook.. tapi olahan cerita saya yang buat sendiri.. kira macam adapatasi laaa.....

    BalasPadam
  3. ooo.... ok.. awl cite lain.. tp ending hampir sama.. nice job.. :)

    BalasPadam
  4. yer.. lebih kurang mcm tu laa.. sebab idea kat fb tu pendek jer cite dia.. so mcm tak jelas.. so olah la sikit bagi mcm carpen.. hehe.. tq..

    BalasPadam